Ramai yang teruja chef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay telah membuka restorannya di Malaysia terletak di Hotel Sunway Resort.
Difahamkan, restoran mewah yang memiliki 7 Bintang Michelin itu adalah cawangan ke-36 dan berkonsepkan ‘Bar and Grill’. Namun, sebuah video tular di aplikasi TikTok baru-baru ini mempamerkan makanan di restoran terbabit. Rakaman itu dimuat naik oleh seorang individu yang telah pergi merasai pengalaman makan di restoran mewah terbabit. Menerusi video tersebut, individu bernama Jamie itu menunjukkan menu ‘steak’ dipesannya yang masih merah dan mentah.
Saya rasa lembu ini masih ‘mooing’ (hidup).” Menurut Jamie dia pesan ‘steak’ itu dimasak ‘medium rare’. Di ruangan komen, ramai netizen terkejut dan memberikan respon masing-masing tentang keadaan ‘steak’ itu yang menggelikan. Ada yang berkata Gordon pasti akan marah dengan chef yang memasak ‘steak’ tersebut kerana dia juga dikenali dengan sikap suka menengking ketika di dapur. Sesetengah netizen pula diliahat mengambil inisiatif untuk ‘tag’ Gordon Ramsay sendiri di ruangan komen serta menggesa chef kedua terkaya di dunia itu untuk memberikan penjelasan. -CARI |
mesmerize replied at 6-7-2022 10:18 PM
lenkali order well done je la dek
mesmerize replied at 6-7-2022 10:18 PM
lenkali order well done je la dek
vee_zara replied at 6-7-2022 11:30 PM
Teringin nak makan beef wellington chef gordon ni tau..
vee_zara replied at 6-7-2022 11:30 PM
Teringin nak makan beef wellington chef gordon ni tau..
ADVERTISEMENT