CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ulat Bulu Diproses Jadi Tepung, Jadi 'Topping' Piza

5-7-2022 12:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1781| Komen: 15|Original author: Tatod

Sumber Nature Travel Africa


Seorang jurutera kimia di Afrika Selatan, Wendy Vesela telah menemui sumber baharu untuk menghasilkan tepung yang boleh digunakan dalam pembuatan makanan iaitu dengan menggunakan ulat bulu.

Berdasarkan laporan Wion News, ulat bulu yang digunakan itu berwarna hijau dan hitam serta lebih dikenali sebagai 'cacing mopane' dapat menghasilkan tepung bagi membuat biskut, bar protein coklat, bijirin sarapan atau minuman 'smoothie'.

Selain itu, ulat bulu yang dikukus dan dipanggang juga boleh dijadikan salah satu 'bahan topping' yang ditabur atas piza.

Piza dengan 'topping' ulat sagu

Kebanyakan orang terutamanya di Eropah, idea memakan ulat bulu adalah sesuatu yang menakutkan.

Bagaimanapun, Vesela menjelaskan, serangga itu merupakan sumber nutrisi yang berharga selain proses penternakannya tidak memudaratkan alam sekitar.

Katanya lagi, dia sudah menemui beberapa pelanggan domestik dan antarabangsa bagi mencuba produk organik yang dihasilkannya. -CARI

Wendy Vesela (Sumber Cuisine Noir Magazine)




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 5-7-2022 12:24 PM
NO THANK YOU
Quote SedihPedih 5-7-2022 12:25 PM
takpelah..kirim salam
Quote dua_chzy 5-7-2022 12:33 PM
green~tea replied at 5-7-2022 04:24 AM
NO THANK YOU

Yeap. The big Asian in me terus kata NO! bila tengok gambar ulat bulu kering.
Quote Artemesiaa 5-7-2022 12:34 PM
Tak mengapa silalah habiskan kesemuanya
Quote bakingsoda 5-7-2022 12:34 PM
kalau hidang depan mata ni aku tertambah topping muntah atas tu
Quote green~tea 5-7-2022 12:35 PM
Edited by green~tea at 5-7-2022 12:36 PM
dua_chzy replied at 5-7-2022 12:33 PM
Yeap. The big Asian in me terus kata NO! bila tengok gambar ulat bulu kering.


U pernah try ulat sago tak? Yang itu i teringin nak rasa... kawan2 i yang kat bintulu ckp ulat sago BBQ sedap sangat...

Tp setakat ni i gi sana tak pernah plak terasa nak makan.. setakat wondering rasa dia mcmana je.. bila open house ada BBQ... mmg ulat sago ni habis dulu, mengalahkan kambing, seafood2 lain
Quote dua_chzy 5-7-2022 12:56 PM
green~tea replied at 5-7-2022 04:35 AM
U pernah try ulat sago tak? Yang itu i teringin nak rasa... kawan2 i yang kat bintulu ckp ulat sag ...


Hapa yang sedap sangat ulat sagu tu uollllssssszzzzz no thankssss jugak yachhhhh

Aiol pernah terai makan sekali ja out of curiosity. Mak ai goreng kering pehtu suruh ai cuba. Kemain sheol bilang sedap. Bila ai gigit pehtu kunyah2, rasa cam ranting kayu ja ponnnn (tapi berlemak juicy2 gitu. Pehtu liat). Terus ai ludah keluar.   Yang suka tu memang boleh makan banyak sekali harung. Ai is kenot sebab tak minat rasa gitu. Yang makan mentah tu lagik la, euwwwwwwww sangat!
Quote sambaldurian 5-7-2022 01:42 PM
Ingat org asia (eg thai, borneo) mkn ulat, serangga, org europe/usa acah2 euw2 ni la yg  komersilkan serangga as mknn. Ada aritu aku tgk rancangan chef guy shopping2 troli tu kt mall dorg ada je jual semut dlm citrus flavor dlm botol kaca. Semut tu mcm vakum ranggup, buat as topping ke.
Quote green~tea 5-7-2022 01:46 PM
dua_chzy replied at 5-7-2022 12:56 PM
Hapa yang sedap sangat ulat sagu tu uollllssssszzzzz no thankssss jugak yachhhhh

Aiol pernah tera ...

Ada kawan i suka makan ni dia ckp rasa mcm makan udang wakakakakaka
Quote dua_chzy 5-7-2022 01:46 PM
green~tea replied at 5-7-2022 05:46 AM
Ada kawan i suka makan ni dia ckp rasa mcm makan udang wakakakakaka


Menbongak hokeh!
Quote SonicSiLandak 5-7-2022 01:54 PM
bangsa etis
Quote ezacbee 5-7-2022 02:01 PM
Pizza ulat sagu..

Dulu aku nak try makan ulat sagu, bila tengok ulat gerak2 xjadilah..
Quote green~tea 5-7-2022 02:50 PM
sambaldurian replied at 5-7-2022 01:42 PM
Ingat org asia (eg thai, borneo) mkn ulat, serangga, org europe/usa acah2 euw2 ni la yg  komersilkan ...

tetap takbleh lawan keanehan pasar wuhan ler..
Quote Minahbwgputih 5-7-2022 09:05 PM
Er.. Geli lak tengok berketul ketul tergolek atas pizza. Tak gatal ke kalau makan ????
Quote ellejo 5-7-2022 09:08 PM
ai ok jah, ai makan semua. rasuah je tak makan. senang bela ai tau.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053340 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top