Sumber Nature Travel Africa
Seorang jurutera kimia di Afrika Selatan, Wendy Vesela telah menemui sumber baharu untuk menghasilkan tepung yang boleh digunakan dalam pembuatan makanan iaitu dengan menggunakan ulat bulu.
Berdasarkan laporan Wion News, ulat bulu yang digunakan itu berwarna hijau dan hitam serta lebih dikenali sebagai 'cacing mopane' dapat menghasilkan tepung bagi membuat biskut, bar protein coklat, bijirin sarapan atau minuman 'smoothie'.
Selain itu, ulat bulu yang dikukus dan dipanggang juga boleh dijadikan salah satu 'bahan topping' yang ditabur atas piza.
Piza dengan 'topping' ulat sagu
Kebanyakan orang terutamanya di Eropah, idea memakan ulat bulu adalah sesuatu yang menakutkan.
Bagaimanapun, Vesela menjelaskan, serangga itu merupakan sumber nutrisi yang berharga selain proses penternakannya tidak memudaratkan alam sekitar.
Katanya lagi, dia sudah menemui beberapa pelanggan domestik dan antarabangsa bagi mencuba produk organik yang dihasilkannya. -CARI
Wendy Vesela (Sumber Cuisine Noir Magazine)
|