Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memaklumkan tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Ini membawa maksud, pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM, setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport. Ujarnya, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan.
Justeru itu air zam zam yang diiklan atau dijual di pasaran ketika ini diragui ketulenannya. Kenyataan tersebut sekaligus membuatkan rata-ratanya tersentak dan terkejut apatah lagi ramai yang pernah membeli air zam zam yang dijual di premis tertentu mahupun laman e-dagang. Terbaharu, kupasan oleh seorang pelayar Twitter turut membuka mata ramai pihak kerana terpedaya dan menyangka air zam zam yang dibeli di premis mahupun secara dalam talian, rupa-rupanya bukan asli. "Air zam zam tak dibenarkan export luar Saudi. Dapat (hanya) apabila pergi haji atau umrah saja. Maknanya tidak ada air zam-zam original yang dijual," ujarnya. Dakwa lelaki tersebut, air zam zam palsu yang dijual secara meluas pula terbahagi kepada dua jenis. "Jenis pertama anda terbeli air mineral yang dah repackage. Biasanya orang pakai air sparkling. "Jenis kedua, anda terbeli dari air geng pegang fatwa Syiah. Iran memang tak dapat zam zam. Jadi mereka biasanya akan celup kain kemudian bagi kering. Apabila balik ke Iran mereka celup kain itu dalam air dan panggil air tu zam zam. "Terbeli yang ni luar biasa bodoh," kongsinya. Oleh itu kongsinya, mereka yang mahu mendapatkan air zam zam yang tulen tidak mempunyai pilihan selain meminta daripada individu yang baharu pulang dari Makkah. "Tok aku pergi Makkah pada 1998. Bawa balik botol besar lima liter. Catu macam apa. Simpan buat cucu nak exam. Sejak UPSR, PMR, SPM aku minum zam zam dari botol sama. "Dia siap balut botol dengan kain, simpan dalam bilik gelap nak jaga zam zam tu punya fasal," kongsinya lagi. Tambahnya lagi, ramai orang mengatakan punca mengapa Arab Saudi tidak mengeksport air zam zam kerana takut ia dijadikan 'snake oil' atau ubatan palsu. "Ada kata takut zam zam tercemar. Ada kata takut telaga zam zam jadi rosak kalau jual," katanya. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 2,200 retweet selain meriah dengan komen netizen. "Betul, isu air zam zam ni dah lama dengar. Ada kebaikannya untuk masyarakat ambil tahu, jangan main hentam, kemudian claimed air zam zam asli. "Pernah tanya dengan pegawai Saudi di airport, mereka tak jual sebab mesti ada pihak yang manipulate buat yang palsu. "Zam zam dekat Masjid Nabawi pun kena jaga. Apatah lagi nak bawa keluar Saudi," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
jas7512 replied at 4-7-2022 07:59 PM
Minum je air biasa
.bacalah doa....adoi
ADVERTISEMENT