View: 1040|Reply: 7
|
Jemaah Sahaja Boleh Bawa Balik- Ramai Tertipu Beli Air Zam Zam Palsu Di Laman E-Dagang, Selama Ini Teguk Apa?
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memaklumkan tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Ini membawa maksud, pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM, setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.
Ujarnya, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan.
Justeru itu air zam zam yang diiklan atau dijual di pasaran ketika ini diragui ketulenannya.
Kenyataan tersebut sekaligus membuatkan rata-ratanya tersentak dan terkejut apatah lagi ramai yang pernah membeli air zam zam yang dijual di premis tertentu mahupun laman e-dagang.
Terbaharu, kupasan oleh seorang pelayar Twitter turut membuka mata ramai pihak kerana terpedaya dan menyangka air zam zam yang dibeli di premis mahupun secara dalam talian, rupa-rupanya bukan asli.
"Air zam zam tak dibenarkan export luar Saudi. Dapat (hanya) apabila pergi haji atau umrah saja. Maknanya tidak ada air zam-zam original yang dijual," ujarnya.
Dakwa lelaki tersebut, air zam zam palsu yang dijual secara meluas pula terbahagi kepada dua jenis.
"Jenis pertama anda terbeli air mineral yang dah repackage. Biasanya orang pakai air sparkling.
"Jenis kedua, anda terbeli dari air geng pegang fatwa Syiah. Iran memang tak dapat zam zam. Jadi mereka biasanya akan celup kain kemudian bagi kering. Apabila balik ke Iran mereka celup kain itu dalam air dan panggil air tu zam zam.
"Terbeli yang ni luar biasa bodoh," kongsinya.
Oleh itu kongsinya, mereka yang mahu mendapatkan air zam zam yang tulen tidak mempunyai pilihan selain meminta daripada individu yang baharu pulang dari Makkah.
"Tok aku pergi Makkah pada 1998. Bawa balik botol besar lima liter. Catu macam apa. Simpan buat cucu nak exam. Sejak UPSR, PMR, SPM aku minum zam zam dari botol sama.
"Dia siap balut botol dengan kain, simpan dalam bilik gelap nak jaga zam zam tu punya fasal," kongsinya lagi.
Tambahnya lagi, ramai orang mengatakan punca mengapa Arab Saudi tidak mengeksport air zam zam kerana takut ia dijadikan 'snake oil' atau ubatan palsu.
"Ada kata takut zam zam tercemar. Ada kata takut telaga zam zam jadi rosak kalau jual," katanya.
Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 2,200 retweet selain meriah dengan komen netizen.
"Betul, isu air zam zam ni dah lama dengar. Ada kebaikannya untuk masyarakat ambil tahu, jangan main hentam, kemudian claimed air zam zam asli.
"ernah tanya dengan pegawai Saudi di airport, mereka tak jual sebab mesti ada pihak yang manipulate buat yang palsu.
"Zam zam dekat Masjid Nabawi pun kena jaga. Apatah lagi nak bawa keluar Saudi," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni sampai gaduh pasal jual beli air zam zam kat group sekolah I |
|
|
|
|
|
|
|
Minum je air biasa
.bacalah doa....adoi |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 4-7-2022 07:59 PM
Minum je air biasa
.bacalah doa....adoi
La’ilah sis. Muhammad jua tersenyum sinis yach lehat akan kebodohan ummatnya mengharapkan mukjizat zam2 sis. |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa merepek hape la ni..
yg kt bawah lobby TH tu bersepah org jual air zam2..takkan ko nk kata itu pon bukan air zam2..
dh berpuluh tahun pak lebai nenek hajah jual kurma jual air zam2 jual kismis...tup2 now declare tak tulen...pffft sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa merepek hape la ni..
yg kt bawah lobby TH tu bersepah org jual air zam2..takkan ko nk kata itu pon bukan air zam2..
dh berpuluh tahun pak lebai nenek hajah jual kurma jual air zam2 jual kismis...tup2 now declare tak tulen...pffft sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selepas-masjid-nabawi-air-zamzam-kini-disediakan-di-masjidil-haram-324929
Memang jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam melalui bagasi tetapi ada agensi yang mengendalikannya dan TH akan menguruskan bagi pihak jemaah.
KKM - LTH - KPDNHEP xreti buat keje sama2 ke?
sekor2 ckp lain
sorg ckp air zam zam tu palsu
sorg ckp air zam zam tu tulen tp terhad
sorg lg ckp xboleh jual online..so kira terus illegal item?
arak elok plak xharam jual online...air zam zam jual online haram plak..hahah ni klaka
pffftttt |
|
|
|
|
|
|
|
Yang provide service badal Umrah then bagi air zam2 tu pun sama ke dek? Ke memang dah ada stok satu tangki air zam2 kat rumah ke acaner? |
|
|
|
|
|
|
| |
|