CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berlakon Dengan Suami Orang, Sophia Albarakbah Bimbang Diserang Isteri Cemburu

6-7-2022 02:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4312| Komen: 31|Original author: Tatod

Sumber IG


Kerap digandingkan dengan aktor berstatus suami orang menyebabkan pelakon, Sophia Albarakbah risau terutama membabitkan babak romantik dengan pasangan 'on screen'.

Sophia bagaimanapun lega kerana kesemua isteri kepada rakan aktornya sangat memahami tuntutan kerjaya suami masing-masing.

"Memang ada perasaan risau sebab kita sebagai wanita kalau suami berlakon dengan perempuan lain mesti kita akan ada perasaan cemburu itu.



"Sebagai perempuan, saya bertanya juga, dia okay ke saya berlakon dengan suami dia... dia akan attack saya tak... pada mulanya, saya rasa takut-takut sikit.

"Tapi semua isteri pelakon yang saya pernah bekerja, isteri mereka sangat memahami tuntutan kerja suami. Jadi, tiada masalah buat saya," katanya kepada Media Hiburan.

Dalam perkembangan baharu, Sophia tampil bekerjasama dengan aktor, Shahz Jaszle menerusi naskhah Cinta Hilang Kata terbitan Country & Universal Sdn Bhd.

Sophia turut memuji isteri Shahz yang sangat memahami karier suaminya.


"Saya kenal dengan Hanis (isteri Shahz), jadi tidak timbul masalah untuk bekerja dengan Shahz Jaszle.

"Malah, Hanis sendiri yang akan masukkan apa-apa promo berkaitan drama ini ke media sosialnya," kata Sophia yang sebelum ini pernah berganding dengan Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra dan Fattah Amin. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 6-7-2022 02:48 PM
Push up ke dek
Quote wirazam 6-7-2022 03:08 PM
Lawa lawa artis sekrg...Mohon bakat lakonan pun seiring lah ye
Quote gideoncross 6-7-2022 03:12 PM
Istri cmburu tu mknanya dia thu yg diri dia ada kkurangan, jdi sbb tu srang prmpuan lain hahahaha. Ada dlm dunia ni.
Quote pocongkiutss 6-7-2022 03:20 PM
gideoncross replied at 6-7-2022 03:12 PM
Istri cmburu tu mknanya dia thu yg diri dia ada kkurangan, jdi sbb tu srang prmpuan lain hahahaha. A ...

Semua org ada kekurangan dikk

Dia camni..kalau pelakon tu tak membirah..xde nye tetiba bini org tu nak serang ke apa. Sophia ni cam baik professional je..wpun org ckp terjadinya skandal tu suka sama suka..iols rasa yg menentukan jadi atau tak hubungan tu, pompuan. Pak lobai kalau kena goda punnn..paham2 la kan..ade ke yg x melayan? Rasanya lelaki kalau digoda 90% melayan punya. Pompuan je biasa setia kt pasangan
Quote ellejo 6-7-2022 03:24 PM
bini cemburu ni kekadang rengsa.kalo muka macam fatah amin badan sedap wangi bolehle nak psiko2. ni laki muka below par sikit lagi nak rupa haruan tasik tergamak betul dia nak cemburu.


Quote NazRysha 6-7-2022 03:39 PM
pompuan ni rajin betul mengomen dekat fb
poyo gila
sama poyo mcm laki yana samsudin
Quote rotiban 6-7-2022 05:16 PM
NazRysha replied at 6-7-2022 03:39 PM
pompuan ni rajin betul mengomen dekat fb
poyo gila
sama poyo mcm laki yana samsudin

betul ke tu account sheols?
ntah2 fake account
sbb kat ig dia memang x reply komen2 netijen


Quote Geeayden 6-7-2022 05:32 PM
Dekat set x payah layan sangat laki orang, nak hidupkan watak berbaby2 bagai
Quote SonicSiLandak 6-7-2022 05:48 PM
perempuan

cam tu la

tk boleh org lain lebih




Quote imanjannah 6-7-2022 07:30 PM
ni cantik la berbanding yg hisyam Hamid panggil baby tu..
Quote Pak.dolla 6-7-2022 08:19 PM
.
Aku tertengok cerita dia kat tv, tak tau tajuk apa yg dgn keith foo tu....hahahaha kayu teruk....dah la watak menangis kejung....watah marah pun ntah pape...korang tgk sendiri lah...teruk bebenor
Quote maxim 6-7-2022 08:25 PM
NazRysha replied at 6-7-2022 03:39 PM
pompuan ni rajin betul mengomen dekat fb
poyo gila
sama poyo mcm laki yana samsudin

Senang btl percaya ngn fake acc ????
Quote Suchi 6-7-2022 08:42 PM
Gambar baju sateen tu, patut la ramai pemburu baju sateen terpakai takyah basuh duk cari kat group preloved.
#fetish
Quote dudaberhias 6-7-2022 09:32 PM
Tapi sheols memang herlok. No wonder la sheols keluarkan statement sedemikian. Lain la kalau acik ellie suriati adik bandi suriati yang keluarkan statement.
Quote VespaSilbe 6-7-2022 10:29 PM
Dulu ingat dia caines... Rupanya keturunan Syed
Sheols berlakon tak kayu yach
Quote musangbodoh 6-7-2022 11:46 PM
lawa pake tudung
Quote DeLuna85 7-7-2022 12:42 AM
Tapi tiap kali tgk dia ni terus rasa nak diet
Quote PocongTerbang 7-7-2022 09:13 AM
Kalau tak ada menggatal dgn laki org dan tak melayan lelaki yg menggatal,rasanya tak akan ada isu kot. Maintain professional bila bekerja
Quote bulalof 7-7-2022 09:17 AM
sng wat maksiat dgn suami org atas dasar 'keje' katanya.....

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.059160 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top