Polis mencari lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam. Terdahulu, tular video di Facebook semalam menunjukkan seorang lelaki sedang khayal ketika menunggang motosikal.
“Menerusi rakaman tersebut, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan di sini melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran,” kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof. Tambahnya, video itu memaparkan motosikal berkenaan ditunggang seorang lelaki seorang diri di lorong tengah lebuh raya.
“Rakaman tersebut juga turut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sedang memegang sambil menghidu bungkusan plastik disyaki gam di tangan kirinya,” katanya. Video: FB Ujarnya lagi, pihaknya kini giat melakukan usaha mengesan dan mengenalpasti suspek. Sumber: KOSMO! ONLINE |
ezacbee replied at 2-7-2022 03:46 PM
Selamba je tunggang moto xde helmet, xde no plat.. siap hidu gam lagi. Memang lalok tahap maxima ni. ...
Goodluckdontcry: Pasni ngaku mental..mental yg ...
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 12:16 AM
korang bayangkn kalo budak gam ni sembang ekonomi??
mejaputih replied at 3-7-2022 07:34 AM
Org mcm ni kalau kena lenyek ngan lori org tak kesian..
CariMalay replied at 3-7-2022 09:31 PM
Manusia2 macam ni tak ambik dadah pun memang semulajadi kaki sembang.
kemaruk replied at 3-7-2022 09:55 PM
geng rastafari sap gam ke ni @SonicSiLandak
ADVERTISEMENT