CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tengah Buat Lakaran Wajah Suspek Serang Lufya Omar

2-7-2022 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1247| Komen: 2

Description: Polis akan mengeluarkan lakaran wajah suspek yang disyaki mencederakan seorang pelakon dan cuba menculik anaknya dalam kejadian di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru in ...
Polis akan mengeluarkan lakaran wajah suspek yang disyaki mencederakan seorang pelakon dan cuba menculik anaknya dalam kejadian di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.


"Keterangannya (Lufya Omar) diambil lebih dua jam (pada Jumaat) oleh pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.



"Polis dalam proses untuk membuat lakaran wajah suspek yang didakwa menyerang pelakon itu. Kita akan usahakan untuk keluarkan fotofit itu secepat mungkin," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Beliau berkata, identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, keterangan pelakon itu diambil pada jam 11 pagi, Jumaat.

Sebelum itu, Lufya membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada jam 6.59 pagi Rabu.

Dalam kejadian pada Selasa, Lufya cedera di kepala dan badan akibat dipukul seorang lelaki yang cuba menculik anaknya, Laana Haura, 5, dis ebuah taman permainan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-7-2022 09:15 AM
lencunnn laaa tiak acah lufya kena soal siasat 2 jam.... mesti ingat-ingat lupa kan wajah 'suspek' tu...dah dekat seminggu kannn....
Quote mojarean_X 3-7-2022 09:32 AM
x sabar tgk wajah lakaran pelaku. semoga polis wat composite sketch sekali ye. senang nk identify pelaku

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 1.018796 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top