Seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat. Dalam rakaman tular itu, difahamkan kejadian disedari pemandu kenderaan di belakangnya yang turut memberikan bantuan awal menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dengan mendukungnya.
Dalam pada itu, keluarga kanak-kanak terbabit bergegas mendapatkannya semula serta cuba menenangkan mangsa yang menangis. Bagaimanapun, keadaan sebenar kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan ada juga beberapa pengguna tampil memberi teguran kepada golongan ibu bapa untuk lebih peka terhadap keadaan anak-anak ketika berada di dalam kenderaan. Sumber: Grup WhatsApp Sumber: KOSMO! ONLINE
|
FOTHER-MUCKER replied at 1-7-2022 08:09 PM
Apa punya ***** lah CARI MAL tak bolehlah buat sesatu berita yang lebih berqualiti dan lengkap? Cara ...
FOTHER-MUCKER replied at 1-7-2022 08:09 PM
Apa punya ***** lah CARI MAL tak bolehlah buat sesatu berita yang lebih berqualiti dan lengkap? Cara ...
ADVERTISEMENT