CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Thank You Daddy Datang Tengok,"- Hubungan Lufya Omar Dan Anak Dengan Bekas Suami Kembali Baik

1-7-2022 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7253| Komen: 41

Meskipun insiden diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura pada petang Ahad lalu meninggalkan kesan trauma Lufya Omar namun pelakon itu tetap merasai hikmahnya.


Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, disebabkan kejadian itu hubungan dengan bekas suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kembali jernih sejak bercerai dua tahun lalu.

Paling penting katanya, hubungan Dr Che Hafiz dengan anak mereka juga semakin rapat memandangkan jarang bertemu sebelum ini.


Foto: IG

"Bagi saya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hubungan bekas suami dengan anak pun dah semakin rapat. Sebelum ini, dia jarang datang berjumpa anak.


"Semalam dia ada juga datang meluangkan masa bersama Haura. Bila tengok anak merengek-rengek tidak mahu bagi bapanya balik, dia pun faham yang anak perlukan dia.

"Masa anak cakap ‘daddy tak ingat Haura, daddy tak sayang Haura, daddy sayang Haura masih kecil saja’, terus dia menangis," katanya kepada mStar.


Dalam insiden mencemaskan itu, Lufya telah dipukul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

Susulan itu, Lufya sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Berkongsi tentang keadaannya, Lufya berkata, meskipun masih berasa trauma dia tetap menguatkan semangat untuk meneruskan aktiviti harian termasuk kembali bekerja untuk melupakan insiden itu.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka terkena serangan panik dan hampir pitam ketika menghadiri acara pembukaan kedai barangan bayi di Johor Bahru, baru-baru ini dan merasakan perlu lebih waktu untuk pulih daripada kejadian itu.


"Masa dalam tempoh nak pulih, saya ada menghadiri sebuah acara pembukaan Chicco di Johor Bahru dan waktu itu saya mengalami serangan panik secara tiba-tiba.

"Saya rasa nak muntah, badan berpeluh-peluh dan rasa nak pitam. Tapi saya terpaksa tahan sebab melibatkan kerja kerana tidak mahu timbulkan masalah lain. Sebab itu, saya gagahkan diri.

"Ingatkan tiada sebarang masalah, tapi rupa-rupanya diri saya belum pulih sepenuhnya daripada kejadian itu.

"Mungkin akan ambil masa untuk saya pulih dari segi mental. Saya baru sedar, saya macam ada rasa trauma dan panik apabila jumpa orang ramai," katanya.



Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LembingDayanti 1-7-2022 05:33 PM
sah dia ni psycho & gila talak hahahhahaha
Quote None68 1-7-2022 06:32 PM
Saja suruh suami datang tengok dia dah kurus.
Quote kotakominami 1-7-2022 06:56 PM
Rase semacam lah die ni...terus teringat cite gone girl...
Quote kiah_mai_pulak 1-7-2022 07:02 PM
ingtkan kakiahh je yg hati hitam duk ckp dia yg buat drama kes culik n pukul ni:
Quote Diamje 1-7-2022 07:04 PM
None68 replied at 1-7-2022 06:32 PM
Saja suruh suami datang tengok dia dah kurus.

Hihi..lawak komen chuolsss...
Quote Cokoro 1-7-2022 07:05 PM
Hmmmm somi tu mmg jarang jenguk ank ke
Quote Nham22 1-7-2022 07:38 PM
Die buat potong ususkan... Kurus dah dia... Potong usus tu berat 80kg ke bawah pon boleh buat erkk??
Quote ashilalat 1-7-2022 07:46 PM
Aritu aku mcm dah terpikir dah, dia ni buat drama ke utk tarik perhatian ex. Dengan tak report polisnya. Dia pon mcm x cerita detail pon kisah mcm mana nak kena culik tu. Hitam betol hati aku.

Quote 3chanceno 1-7-2022 07:46 PM
Perlu ke cerita bab anak dia berbual dgn bapaknya pasal dah tak sayang etc? Macam pelik je tulisan dia nie pasal ex datang jumpa anak  dia nak balik semula ke camna?
Quote azimodin 1-7-2022 10:27 PM
kotakominami replied at 1-7-2022 06:56 PM
Rase semacam lah die ni...terus teringat cite gone girl...

Citer gone girl tu terkejut i masa first time tengok.. part dia letak hadiah2 dalam pondok tu ok lagi, sampai part jolok2 poen acah2 kena sexual assault/rape tu mmg xleh belas.
Quote addamnor 1-7-2022 10:54 PM
Bodohnya betina ini. Kau mahu everything smooth then kau tak perlu nak letak caption apa yang anak kau cakap. Orang serabut kau mulut macam itik duk mengadu domba pasal bekas, lagi mahu petik tulis apa yang anak kamu cakap. Kadang2 betina bimbo nak apa ya? Nak suruh bapa melawat anak tapi bila orang dah datang reveal pula begitu begini. Once bimbo always bimbo lah
Quote slyfynx 1-7-2022 11:31 PM
Tibe2 mende ni bau ikan sgt kan
Quote Heydidle 2-7-2022 12:45 AM
Boleh je kan if nak rujuk balik
Quote KBW2 2-7-2022 07:17 AM
So dah buat report ke blom?
Quote Mamioomami 2-7-2022 07:23 AM
Segalanya ko cerita. Kang ex berpatah arang tak datang jumpa anak lagi meroyan pulak ko sana.. tam paham akum.
Quote cikperiukkera 2-7-2022 07:58 AM
Mmg bodoh ya betina ni? Selayaknya kena cerai... dh kira ok ex dtg melawat ni nk up segala mak nenek yg ank ckp. Bodohhh
Quote bankerpencen 2-7-2022 08:56 AM
Dia nak ex dia balik ke
Quote Mulotkoyak 2-7-2022 10:07 AM
Dia ni yg ketiak belecak tuh kn... Anyway die ni berlakon ke penyanyi ak confuse.
Quote 3480 2-7-2022 11:25 AM
Sejenis henpon bejahit kt tgn.. semua up..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.040793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top