CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadi Pelupa, Nabila Huda Bimbang Jejas Karier

4-7-2022 10:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4756| Komen: 49|Original author: Tatod

Sumber IG


Berusia 38 pada tahun ini, pelakon dan pengacara, Nabila Huda mendedahkan dia bimbang akan keadaannya yang mudah lupa dengan setiap perkara yang dilakukannya.

Nabila yang juga anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search itu juga risau masalah tersebut akan memberikan kesan buruk pada kerjaya seninya khususnya sebagai pelakon.


"Rasa-rasa, otak saya sudah rosak. Sekarang sukar nak ingat dan cepat lupa.

"Tidak ingat di mana letak barang, nak cakap sesuatu pun lupa. Semakin teruk," tulisnya di IG Story.

Ingin mencari penyelesaian pada masalah yang dihadapinya itu, pelakon filem M4M4 itu turut meminta cadangan dan pandangan daripada warga maya cara untuk mengatasi perkara itu.


"Nak makan kismis sudah terlambat. Anda tahu mana-mana makanan tambahan yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?

"Kedengaran kelakar tetapi ini serius. Saya takut kalau cepat lupa, sudah tak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karier saya," coretnya lagi.


Dalam perkongsian lain, Nabila turut berkongsi amalan kesihatan yang dilakukannya setiap hari. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 4-7-2022 01:21 PM
Sebijik betul muka Amy search
Quote nolya 4-7-2022 04:48 PM
Edited by nolya at 4-7-2022 05:03 PM

Dalam keadaan saya selalu tercari2 barang yg selalu lupa letak, ataupun dlm keadaan panik, saya amalkan zikir "La ila hailla anta, subha naka inni kuntu minoz zolimin". Baca terus sambil mencari2. InsyaAllah, tetiba dipermudahkan atau terlihat barang yg kita cari. NH cubalah petua begini, semoga tertolong.
Seperkara harus diingat, mungkin itu hanyalah cobaan kecil drp Allah swt tetapi besar impaknya kpd NH. Apabila Allah mula menakik sedikit rezeki yg DIA beri, ada di situ peringatan yg hendak disampaikan. Barangkali itu adalah kejutan cara/wake up call untuk mengingati DIA lebih kerap dn selalu.
Quote rayray28 4-7-2022 04:53 PM
Amalkan laa doa2..pastu maybe dh boleh mula ubah gaya hidup tu sikit2
Quote hungryhenry 4-7-2022 04:53 PM
@Santeira b
Ni brain fog kena sunning
Quote supernaturalee 4-7-2022 04:56 PM
bnykkan selawat
tarik nafas dlm2, hembus
inhale, exhale...
slow2, tenang2kan diri lps tu cari lah ape yg lupe tu


Quote supernaturalee 4-7-2022 04:57 PM
simptom alzheimer

mcm nk tag dr je



Quote nolya 4-7-2022 05:10 PM
supernaturalee replied at 4-7-2022 04:57 PM
simptom alzheimer

mcm nk tag dr je



  Alzheimer?  I ingat orang tua je yg kena alzheimer. Mudah2an Nabila berusaha mendapatkan rawatan segera kerana dia masih muda dn ada bakat serta keistimewaan tersendiri.
Quote SonicSiLandak 4-7-2022 05:12 PM
bertaubatlah

jngn turutkan sangat nafsu nak ikut perangai bangsa etis ni

Quote hzln 4-7-2022 05:13 PM
Long covid bulih jadi
Quote iezanini 4-7-2022 05:17 PM
hungryhenry replied at 4-7-2022 04:53 PM
@Santeira b
Ni brain fog kena sunning

i pun rasa brain fog. plus artis kan, banyak blue light juga. memang kena banyak sunning
Quote hzln 4-7-2022 05:21 PM
IMG_20220704_172056.jpg

https://www.nhsinform.scot/long-term-effects-of-covid-19-long-covid/signs-and-symptoms/long-covid-brain-fog
Quote dudaberhias 4-7-2022 05:22 PM
pelupa macam mana tu?
adakah lupa yang teruk, kalau teruk maknanya betul la tu simptom dari covid dulu...
kalau tak teruk macam lupa letak kunci tu biasa ler nyahhh, bebudak pun boleh lupa... cumanya kena pastikan kehidupan teratur...
Quote hungryhenry 4-7-2022 05:41 PM
iezanini replied at 4-7-2022 05:17 PM
i pun rasa brain fog. plus artis kan, banyak blue light juga. memang kena banyak sunning

Ehh ehhh blue light brain fog ni slalu kmss je mention eheh
Quote rosevelvet 4-7-2022 08:57 PM
I rs boleh bykkan bc quran. Tajam fikiran n terang hati
Quote hyie 4-7-2022 09:10 PM
rosevelvet replied at 4-7-2022 08:57 PM
I rs boleh bykkan bc quran. Tajam fikiran n terang hati

jujurnya iols pon terfikir yang ni. Sebab ada orang pernah kongsi, nenek dia umur dahn 80an kot, tapi mata masih clear tak pakai spek dan ingatan kuat macam orang muda.
Quote MelahJanda 4-7-2022 09:14 PM
Dementia / alzheimer boleh terjadi seawal 30an

Sesetengahnya genetik
Quote supernaturalee 5-7-2022 08:04 AM
nolya replied at 4-7-2022 05:10 PM
Alzheimer?  I ingat orang tua je yg kena alzheimer. Mudah2an Nabila berusaha mendapatkan rawat ...

bnyk kes ats 65tp early as 20s pun dh ada sis
severe ke x je

teringat filem still alice lakonan julianne moore
dlm tu sheols umur 50
kategori awal jgk tu kena
family support kekuatan sheols



Quote supernaturalee 5-7-2022 08:06 AM
hzln replied at 4-7-2022 05:21 PM
https://www.nhsinform.scot/long-term-effects-of-covid-19-long-covid/signs-and-symptoms/long-covid- ...

semua simptom ni pun iols adatp sblm kena covid lg pun dh ada
adehhh
Quote TomyamPuteh 5-7-2022 08:11 AM
Otak rosak, gila la kot.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044485 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top