CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek Patah Leher Dalam Kereta Polis, Terhantuk Dinding Katanya

1-7-2022 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1826| Komen: 5

HARTFORD: Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang suspek patah leher selepas kepalanya terhantuk pada dinding sebuah kenderaan polis ketika dalam perjalanan ke balai polis di Connecticut.


Lapor Daily Mail, Richard Cox, 36, ditahan 19 Jun lalu kerana memiliki senjata api haram.

Ketika kejadian, Cox dibawa ke Balai Polis New Haven menerusi sebuah van tanpa mengenakan tali pinggang keselamatan.


Foto: Twitter

“Apabila van polis itu menekan brek secara tiba-tiba, suspek tercampak lalu kepalanya terhantuk pada dinding sehingga dia pengsan,” jelas laporan itu.


Rakaman menunjukkan Cox terbaring di atas lantai kenderaan sambil menjerit meminta `tolong’ sehingga anggota polis terpaksa menghentikan van untuk memeriksa keadaan suspek.

“Polis mendesak suspek untuk bangun, namun Cox menyatakan dia tidak dapat bergerak.

“Anggota itu kemudian menghubungi ambulans dan terus memandu ke balai polis.

“Selepas tiba, beberapa anggota bertindak menyeret keluar suspek daripada van dan terus membawanya ke dalam balai tanpa menunggu pasukan perubatan,” jelas laporan itu.  

Sementara itu, peguam mewakili Cox, Ben Crump berkata, mangsa  kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di  sebuah hospital tempatan.

Cox lumpuh dari bahagian leher hingga ke bawah badan dan terpaksa menggunakan tiub pernafasan.

Kes itu masih dalam siasatan dan anggota polis yang terlibat ketika kejadian diarahkan mengambil cuti sementara menunggu laporan penyiasatan.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 1-7-2022 02:53 PM
[youtube]bRxTfHwHw0o[/youtube]

Ngilu tgk smlm..kasihannye. Keji la polis2 ni
Quote shernazz 1-7-2022 05:05 PM
Haah twngok kat fb pagi tadi
Kesian gila..
Sapa sapa.dok dalam tu pung boleh jadi yang sama
Quote musangbodoh 1-7-2022 09:36 PM
icu tros...kalo baik pun makan minum guna straw kwn tu...kesian
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 09:49 PM
bangsa etis
Quote ulamalu 1-7-2022 09:59 PM
Harap dia mati lah kat ICU tu dari jd vegetative.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043348 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top