CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 956|Reply: 5

Suspek Patah Leher Dalam Kereta Polis, Terhantuk Dinding Katanya

[Copy link]
Post time 1-7-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode
HARTFORD: Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang suspek patah leher selepas kepalanya terhantuk pada dinding sebuah kenderaan polis ketika dalam perjalanan ke balai polis di Connecticut.


Lapor Daily Mail, Richard Cox, 36, ditahan 19 Jun lalu kerana memiliki senjata api haram.


Ketika kejadian, Cox dibawa ke Balai Polis New Haven menerusi sebuah van tanpa mengenakan tali pinggang keselamatan.




Foto: Twitter




“Apabila van polis itu menekan brek secara tiba-tiba, suspek tercampak lalu kepalanya terhantuk pada dinding sehingga dia pengsan,” jelas laporan itu.


Rakaman menunjukkan Cox terbaring di atas lantai kenderaan sambil menjerit meminta `tolong’ sehingga anggota polis terpaksa menghentikan van untuk memeriksa keadaan suspek.


“Polis mendesak suspek untuk bangun, namun Cox menyatakan dia tidak dapat bergerak.


“Anggota itu kemudian menghubungi ambulans dan terus memandu ke balai polis.


“Selepas tiba, beberapa anggota bertindak menyeret keluar suspek daripada van dan terus membawanya ke dalam balai tanpa menunggu pasukan perubatan,” jelas laporan itu.  


Sementara itu, peguam mewakili Cox, Ben Crump berkata, mangsa  kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di  sebuah hospital tempatan.


Cox lumpuh dari bahagian leher hingga ke bawah badan dan terpaksa menggunakan tiub pernafasan.


Kes itu masih dalam siasatan dan anggota polis yang terlibat ketika kejadian diarahkan mengambil cuti sementara menunggu laporan penyiasatan.  -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts


Ngilu tgk smlm..kasihannye. Keji la polis2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah twngok kat fb pagi tadi
Kesian gila..
Sapa sapa.dok dalam tu pung boleh jadi yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 09:36 PM | Show all posts
icu tros...kalo baik pun makan minum guna straw kwn tu...kesian
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 09:49 PM | Show all posts
bangsa etis
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap dia mati lah kat ICU tu dari jd vegetative.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060283 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list