CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakan Kongsi Neelofa Dah Berapa Bulan Tak Bayar Kereta, Dituntut Pulangkan Balik Range Rover

1-7-2022 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13271| Komen: 122

Description: Akibat gagal melunaskan bayaran bulanan sebuah kereta mewah jenama Range Rover Sport SVR V8, rakan kongsi kepada usahawan Neelofa iaitu Nor Farahiyah Kamal Bharin dituntut agar memulangkan kembali ken ...
Akibat gagal melunaskan bayaran bulanan sebuah kereta mewah jenama Range Rover Sport SVR V8, rakan kongsi kepada usahawan Neelofa iaitu Nor Farahiyah Kamal Bharin dituntut agar memulangkan kembali kenderaan itu kepada CTG Capital Sdn. Bhd.


Kenderaan yang telah diberi fasiliti pembiayaan pada tahun 2019 itu bagaimanapun gagal dilunaskan pembayarannya untuk tempoh beberapa bulan.

Disebabkan itu, CTG Capital Sdn. Bhd. menuntut kepada Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur agar Nor Farahiyah selaku defendan dalam kes tersebut memulangkan kenderaan itu.

Foto: mStar Online

Nor Farahiyah hadir ke mahkamah bersama suami, Mohamad Fareez Noor Amran yang juga penjamin kepada fasiliti pembiayaan kereta itu ke mahkamah pada Jumaat bagi sesi pendengaran kes di antara kedua-dua belah pihak.


Defendan dalam permohonan kepada mahkamah meminta tempoh sebulan untuk memulangkan kenderaan tersebut dan ia dipersetujui oleh pihak CTG Capital Sdn. Bhd.

Prosiding didengar dihadapan Hakim, Nur Syafiqah Noorinda membenarkan permohonan itu dan memberi tempoh 30 hari kepada defendan untuk memulangkan kenderaan tersebut.

Terdahulu, CTG Capital Sdn. bhd. telah memfailkan permohonan kepada pihak mahkamah satu perintah pengambilan semula untuk memulangkan kenderaan tersebut pada September 2021.

Bagaimanapun, perintah tersebut gagal dipatuhi oleh pihak defendan.

Dalam pada itu, Nor Farahiyah ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan kes disambung pada 2 Ogos 2022. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cleocatra 1-7-2022 01:53 PM
Suami dia sepupu si nikabis. Gitu lah kalau acah acah kaya. Padahal baru jadi kaya. Nikabis royak, eeeii nusio nusio ni wak malu kek ore jah...
Quote Normabaru 1-7-2022 01:54 PM
Edited by Normabaru at 2-7-2022 02:55 PM

[attach]2541357[/attach]Ni bini cuzzie jah merangkap pemerah susu esen basi nilofar reporter ni xreti CSI ke


Kaki tax evasion since 2019 penonggeng ugama tersenyum sinissss
IMG_20220702_125319.jpg IMG_20220702_125303.jpg IMG_20220702_125249.jpg IMG_20220702_125331.jpg IMG_20220702_125223.jpg
Quote amyza 1-7-2022 02:01 PM
Ingatkan kaya sangat tayang² keta lah tayang² rumah lah laki dia kan ahlil politik kelate, tak masyuk ke
Quote kaseh80 1-7-2022 02:02 PM
Kenapa tak pulangkan terus rover tu
Mints tempoh sebulan pulak dah tak mampu pun
Quote me12345 1-7-2022 02:07 PM
Nape rakan kongsi tak tolongg..... ramai usahawan camni, biar papa asal bergaya
Quote Mary_jane 1-7-2022 02:50 PM
Kan ke huntong berjuta2?
Quote Shazid 1-7-2022 03:05 PM
Nak bergaya lenih je ni...
Quote sharlenetexas 1-7-2022 03:11 PM
Normabaru replied at 1-7-2022 01:54 PM
Ni bini cuzzie jah merangkap pemerah susu esen basi nilofar reporter ni xreti CSI ke



Jual produk apa ni?


Quote Suchi 1-7-2022 03:13 PM
Ooh iols kenal dia nih, sbb dia penah DM iols tahun2 sudah atas urusan kerja.Rasa dia ada wat produk sendiri gak.
Quote Normabaru 1-7-2022 03:28 PM
sharlenetexas replied at 1-7-2022 05:11 PM
Jual produk apa ni?

Susu nenen jaheh shilappp..susu basi esen terpaling tu laaa
Quote nazzse 1-7-2022 03:59 PM
Fara ke? Patut lah ofis sheols kat PC tu pun dah tak nampak. Adik sheols abby scholmates iols dulu, lagi lawa drp kakak dia ni tapi tu lah rendang ngat..
Quote mojarean_X 1-7-2022 04:09 PM
Edited by mojarean_X at 2-7-2022 04:37 PM

Dh lama x nmpk susu pisang jenama nilofa...in fact iols bole pula ternmpk air datuk vida dijual di mana2. Nmpk sgt datuk vida lg pandai meniaga
Quote makadek 1-7-2022 04:09 PM
Dan aku pn dok rasa jah pn mcm menghala ke sengkek gak
Tgk la jualanya skg dah caca marba
Mutabak la biskut la
Bantal sunah la
Skg inai ... tok laki dia ngajor kt shop lot lg ke idak
Dia swndiri pn tak de jd duta apa2 pn
Jap lg stink gila masuk meroyan
Quote KamikuP 1-7-2022 04:49 PM
Hahahahahahahahahahahahah padan muka flex lagi reta kekayaan semua padahal x mampooo bayorr.. apooo ko SSKJP
Quote shernazz 1-7-2022 04:55 PM
Normabaru replied at 1-7-2022 01:54 PM
Ni bini cuzzie jah merangkap pemerah susu esen basi nilofar reporter ni xreti CSI ke



Thabks for the info
Ah gittuuuuu speaking
Maknanya susu nilofar tu bukan la zura pauzi tu punya ya?
Iols mati2.la.ingat zura tu punya sama neelofa neh
Quote shernazz 1-7-2022 04:58 PM
Minta tempoh sebulan tu utk snap pic banyak2 ke sampai 365 shot?
Quote rainbowrainz 1-7-2022 05:06 PM
Hahahaha ....biar papa asal bergaya..biar manak tlg jwbkan..
Quote Minami2013 1-7-2022 05:06 PM
Yg ni jual susu ke? Bapak mahal nye. Mmg susah lah nk laku. Skrg dah byk option. Mmg nk jual habis habisan dah susu tu tk silap. Katanya nk masuk product line lain pulak. Tapi bkn bawah company yg ni lah kot.
Quote Pak.dolla 1-7-2022 05:15 PM
makadek replied at 1-7-2022 08:09 AM
Dan aku pn dok rasa jah pn mcm menghala ke sengkek gak
Tgk la jualanya skg dah caca marba
Mutabak la ...

.
siapa yg tau tu tau lah...
Benak je bangga konon tohan dia kaya, katanyaa tohannya nk beli private jet pun mampoooo...

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.082545 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top