Adik-beradik supermodel Gigi dan Bella Hadid membuat penampilan mengejutkan di pentas peragaan koleksi musim luruh Marc Jacobs apabila tampil dengan bulu mata yang dilunturkan, rambut hadapan gaya ‘bang’ dan kepala separa botak.
Transformasi dramatik mereka kemudian didedahkan sebagai hasil kerja artis seni prostetik yang mengubah penampilan kedua-dua wanita itu dengan bantuan topi botak, rambut palsu dan alat solek, lapor stesen penyiaran CNN. Gigi menyarung baju sejuk merah jambu yang besar dan skirt kelabu, manakala Bella memakai gaun vinil hitam dengan sarung tangan opera. Pasangan adik-beradik Hadid adalah antara sebilangan model yang tampil di pentas peragaan dengan gaya rambut dramatik termasuk memakai rambut palsu ikatan ‘ponytail’ zaman angkasa. Bella turut berkongsi rakaman solekan belakang pentas bagi menghasilkan penampilan estatiknya.
|
Perawankota replied at 30-6-2022 09:43 PM
Teringin nk buat rambut pelik2. Tapi rambut aku skang kerinting blonde pon dh kena kutuk dgn kawan2 ...
Perawankota: Teringin nk buat rambut pelik2. Tapi rambut aku skang kerinting blonde pon dh kena kutuk dgn kawan2 n sedara
ADVERTISEMENT