Billie Eilish antara yang membantah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada 25 Jun lalu yang melarang pengguguran anak.
Penyanyi genre Indie itu menyifatkan keputusan berkenaan merampas haknya sebagai wanita. Pada awal Jun, Billie mengeluarkan sebuah lagu berjudul ‘TV’ yang didakwa merujuk kepada perhatian diberikan pihak media negara itu kepada kes saman fitnah Johnny Depp dan Amber Heard. Ketika itu, Mahkamah Agung AS juga sedang dalam proses membuat keputusan terhadap perbicaraan ‘Roe v. Wade’ yang menentukan sama ada hak pengguguran anak bakal dilindungi undang-undang negara berkenaan.
Namun, media ketika itu hangat membicarakan kes Johnny dan Amber, sekali gus membiarkan kes isu Roe v. Wade tertinggal di belakang. Difahamkan, lirik lagu ‘TV’ yang dikeluarkan Billie seakan-akan menyindir perkara tersebut secara berkias. Sementara itu, dalam temu bual bersama NME, Billie membuka mulut dan mempersoalkan mengapa orang ramai ingin tahu tentang kes penceraian sesebuah pasangan selebriti. "Saya kemurungan. Saya hilang hak ke atas badan saya sendiri dan bila saya melayari internet, semua orang bercakap tentang perbicaraan itu. Siapa yang kisah? Wanita kini hilang hak ke atas badan mereka sendiri, kenapa kita bercakap tentang penceraian pasangan selebriti?" ujarnya. Ini bukan kali pertama Billie bersuara tentang pendapatnya kepada khalayak ramai, sebelum ini Billie juga pernah bersuara tentang peminat yang suka membuat andaian seperti mereka mengenali selebriti tersebut secara peribadi. "Semua orang rasa mereka ada hak untuk melabel seseorang itu bermasalah ataupun memberi pendapat tentang seseorang. Tapi, mereka tidak mengenali saya. Saya pun tak kenal mereka. Masalahnya, anda rasa anda kenal saya, tapi sebenarnya tidak," katanya. Sumber: OHBulan
|
pooh~key replied at 30-6-2022 09:07 PM
Akak benci billie eilish sebab sheols feminist dek.
Dan feminist selalu bagi fakta salah dek. Reng ...
Tembikaigoreng replied at 30-6-2022 07:30 PM
Aku nmpk masyarakat USA nie memang banyak je yg masih old school means anti LGBT, Anti abortion and ...
ADVERTISEMENT