View: 1060|Reply: 6
|
Billie Eilish Bengang Media Tak Habis-habis Bagi Perhatian Pada Kes Depp-Heard
[Copy link]
|
|
Billie Eilish antara yang membantah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada 25 Jun lalu yang melarang pengguguran anak.
Penyanyi genre Indie itu menyifatkan keputusan berkenaan merampas haknya sebagai wanita.
Foto: NME/Matty Vogel
Pada awal Jun, Billie mengeluarkan sebuah lagu berjudul ‘TV’ yang didakwa merujuk kepada perhatian diberikan pihak media negara itu kepada kes saman fitnah Johnny Depp dan Amber Heard.
Ketika itu, Mahkamah Agung AS juga sedang dalam proses membuat keputusan terhadap perbicaraan ‘Roe v. Wade’ yang menentukan sama ada hak pengguguran anak bakal dilindungi undang-undang negara berkenaan.
Namun, media ketika itu hangat membicarakan kes Johnny dan Amber, sekali gus membiarkan kes isu Roe v. Wade tertinggal di belakang.
Foto: Vanity Fair
Difahamkan, lirik lagu ‘TV’ yang dikeluarkan Billie seakan-akan menyindir perkara tersebut secara berkias.
Sementara itu, dalam temu bual bersama NME, Billie membuka mulut dan mempersoalkan mengapa orang ramai ingin tahu tentang kes penceraian sesebuah pasangan selebriti.
"Saya kemurungan. Saya hilang hak ke atas badan saya sendiri dan bila saya melayari internet, semua orang bercakap tentang perbicaraan itu. Siapa yang kisah? Wanita kini hilang hak ke atas badan mereka sendiri, kenapa kita bercakap tentang penceraian pasangan selebriti?" ujarnya.
Ini bukan kali pertama Billie bersuara tentang pendapatnya kepada khalayak ramai, sebelum ini Billie juga pernah bersuara tentang peminat yang suka membuat andaian seperti mereka mengenali selebriti tersebut secara peribadi.
"Semua orang rasa mereka ada hak untuk melabel seseorang itu bermasalah ataupun memberi pendapat tentang seseorang. Tapi, mereka tidak mengenali saya. Saya pun tak kenal mereka. Masalahnya, anda rasa anda kenal saya, tapi sebenarnya tidak," katanya.
Sumber: OHBulan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku nmpk masyarakat USA nie memang banyak je yg masih old school means anti LGBT, Anti abortion and so on... Tapi artis² top mereka nie pulak macam jadi pengerak pada agenda² nie... Kalau dah asyik laungkan hak² yg opposite dari agama.... masyarakat pun terbrain wash ooo |
|
|
|
|
|
|
|
Akak benci billie eilish sebab sheols feminist dek.
Dan feminist selalu bagi fakta salah dek. Rengsa akak sis. Hak wanita apa kau cakapkan ni bengong dek? Tak ada kaitan dengan wanitalah sis! Kuasa besar tak bagi sewenang-wenangnya gugurkan manusia sebab makin ramai manusia, means makin ramai slaves untuk menyenangkan hidup mereka dekkkk! Itu jah dek. Its an open secret dek! |
|
|
|
|
|
|
|
Suara die ni mcm nk bg org tdo..so boringg |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu diorg neh sembang mcm seluruh US ban abortion.kaluu dia dok dekat california kaaa,NY kaaa gugurlah janin atau bayi ko tu sampai putus rahim sekalipun takde sape yg larang dekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
masa buat sex bebas kesana kemari xpikir hak badan sendiri? bila ada anak dlm rahim nk buang, tak pikir ke hak nyawa dalam badan tu? ingat anak ayam ke nk buang2. |
|
|
|
|
|
|
|
gangster kulit hitam mana boleh pegang lighter pink, apatah lagi nak telan hormon berarak bawa bendera pelangi bagai.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|