CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertimbus Separuh Badan Ketika Baiki Paip Laman View Cyberjaya

30-6-2022 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1442| Komen: 4

Lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya, petang semalam.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata ketika kejadian, mangsa, Samsul Maarif, 43, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan paip di dalam lubang yang digali sedalam 3.04 meter.


Foto: PDRM

"Ketika sedang membuat kerja-kerja pembaikan itu, secara tiba-tiba tanah yang digali telah runtuh lalu menimbusi sebahagian badan mangsa dari paras pinggang dan ke bawah," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.


Norazam berkata bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 2.16 petang, tidak membuat sebarang penyelamatan kerana mangsa telah dikeluarkan oleh rakan sekerja sebelum pihak bomba sampai.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan dan pendarahan di mulut telah diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 30-6-2022 06:11 PM
Sebab tak buat slope kat tebing tu.
Korek lobang tegak, memang mengundang la.
Quote Artemesiaa 30-6-2022 06:13 PM
Risiko buat kerja macam ni
Quote yenil95 30-6-2022 06:17 PM
takde safety procedure la ni..mana kontraktornya?
Quote cheezel 30-6-2022 06:59 PM
Jalan tu elok lagi tapi dikorek2 plk. Lps ni mesti berbonggol sbb tampal xrata

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.095137 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top