CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'PM Tak Pakai Barang Mahal Je, Kenapa Tak Tegur Masa Pakai Batik Tempatan?

30-6-2022 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1471| Komen: 11

Description: Perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi malaysia yang melanda tercetus apabila isu pakaian dipakai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencecah RM7,000.
Perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi malaysia yang melanda tercetus apabila isu pakaian dipakai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencecah RM7,000.


Dalam masa sama, ada kenyataan daripada netizen menyarankan Perdana Menteri sepatutnya membanggakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.


TikTok

Isu tersebut menarik perhatian Pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, secara langsung menepis dakwaan netizen di akaun Tiktok peribadinya, MamaCT RAIFILI bahawa dakwaan netizen yang mempersoalkan Ismail Sabri terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa adalah kurang tepat.


Sebaliknya, beliau seorang yang berjiwa Melayu dan bangga dengan rekaan anak tempatan.


Ismail bersama pengasas raifili batik Siti Fitryah Harun

Buktinya, pemakaian batik Raifili menjadi pilihan beliau ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.



Menurut Siti Fitryah, dia teruja dan bangga apabila melihat Dato Sri Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan Batik moden.

Malah, mereka sendiri turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai menghargai batik menerusi Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 30-6-2022 05:58 PM
Back up...
Quote Carcosa 30-6-2022 08:43 PM
Takkan la PM tu yg siapkan baju dia sendiri kan? Mesti ada org siapkan. Org yg siapkan tu lah yg tak cakna. Nak kasi si PM tu bergaya sakan, time dia bercuti ke, merayap ke, pakailah hatta baju berlian labuci bagai. Ni pegi atas urusan kerje, kau pakailah baju yg ada ciri2 kemelayuan sikit. Ko pakai Burberry bagai, kau nak menunjuk dgn sapo? Kitorang tau dah, kalau kau jadi PM Malaysia, WAJIB kaya. So takpayah dah nak menayang.
Quote Belibis 30-6-2022 08:58 PM
Pakai jer la baju rega 100k punnnn,dah ko mampu...tapi tolong jangan buat muka seposen kununya sedih dan prihatin dengan kos sara hidup rakyat..nampak benor nipunyer..
Quote orglama 30-6-2022 09:21 PM
mikasa replied at 30-6-2022 05:58 PM
Back up...

Baik punya...
Quote Firenzza 30-6-2022 10:09 PM
Belibis replied at 30-6-2022 08:58 PM
Pakai jer la baju rega 100k punnnn,dah ko mampu...tapi tolong jangan buat muka seposen kununya sedih ...

Sib baik pak mael x bagi ucapan merayu mintak rkyt redho dgn kejatuhan ringgit  sambil betulkan butang bubbury
Quote tahanie 30-6-2022 10:39 PM
Ni brand yg supply batik free kat orang gomen. Marketing. Next
Quote kotakominami 30-6-2022 11:37 PM
Bukan main ko ngipas....dapat tinder supply batik eh?
Quote jazaa100 30-6-2022 11:42 PM
tahanie replied at 30-6-2022 10:39 PM
Ni brand yg supply batik free kat orang gomen. Marketing. Next

Perghhhh...

Brp juta dia dpt.....
Mau tak bekap
Quote billiejean 1-7-2022 08:40 AM
takpeduli dengan harga..yg pasti baju tu buruk on him.....buruk tersangat buruk..tdk padan ..dah la huruf2..merah lagi tuuu
Quote green~tea 1-7-2022 08:46 AM
Gamak tak dia nak campak washing machine kalo baju 5000-7000 selai tuh... tp tu lah kan, maybe dia suruh maid dia tenyeh sendiri laa basuh baju tu or dry cleaning...
Quote green~tea 1-7-2022 08:48 AM
Honestly i love batik especially corak2 abstract je, takde corak too loud and serabut...

Its very beatiful masterpiece.. each and everyone of it

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059700 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top