Presiden Indonesia Joko Widodo menawarkan diri untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky kepada pemimpin Rusia dalam usaha untuk menjadi pengantara keamanan.
Joko Widodo yang berada dalam rangka kerja ke Ukraine, mengadakan pertemuan dengan Zelensky di Istana Maryinsky di Kyiv, pada Rabu, menurut kenyataan pejabat presiden Indonesia. Presiden itu yang juga dikenali dengan panggilan mesra Jokowi, mengesahkan pendirian Indonesia dalam menghormati kedaulatan dan integriti wilayah, ketika bercakap pada sidang media bersama dengan Zelenskyy.
Jokowi berkata, resolusi damai amat penting walaupun sukar dicapai, dan hasrat untuk mengecapi keamanan tidak boleh luntur. "Saya menawarkan untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Zelenskyy kepada Presiden (Vladimir) Putin, yang akan saya temui tidak lama lagi," menurut kenyataan itu. Jokowi bersama wanita pertama Iriana Joko Widodo, termasuk Menteri Luar Retno Marsudi berkunjung ke Poland sejurus selepas pertemuan itu. Presiden dan delegasi itu dijadualkan berlepas ke Moscow pada Khamis bagi meneruskan misi keamanannya. Sumber: Harian Metro
|
Friska replied at 1-7-2022 09:46 AM
Luar biasa Pak Jokowi, Presiden terbaik buat Indonesia
zasrfikri replied at 30-6-2022 01:42 PM
kalau selalu baca info ekonomi antarabangsa, banyak media predict indonesia bakal jadi top 5 kuasa b ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
23-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.047652 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.