Setelah beberapa tahun menyepi, akhirnya program nyanyian kanak-kanak kini kembali menerusi 'Ceria Popstar Xtra'.
Seramai 10 peserta cilik diterima untuk mempamerkan bakat istimewa mereka untuk memikat hati para juri dan penonton. Untuk pengetahuan semua, pemenang program ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.
Walaupun baru minggu pertama, salah seorang peserta iaitu Dhiyaa telah menarik perhatian ramai penonton dengan bakat nyanyiannya yang begitu terserlah. Ketika itu, Dhiyaa menyanyian lagu berjudul Teman yang dinyanyikan oleh Iman Troye. Dia bukan sahaja mempunyai kebolehan untuk bernyanyi, malah menari bersama penari latar sepanjang persembahannya.
Namun di sebalik persembahan yang hebat itu, Dhiyaa dikritik hebat oleh salah seorang juri tetap iaitu Mas Idayu. Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah dengan tarian, props dan lain-lain, tetapi dia menegur Dhiyaa supaya jangan mengabaikan fokus terhadap nyanyiannya.
Oleh kerana itu merupakan kali pertama Dhiyaa dimarahi Mas Idayu, dia mengalirkan air matanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan cara teguran yang diberikan oleh Mas Idayu. Hal ini kerana, program itu merupakan program nyanyian kanak-kanak.