Setelah beberapa tahun menyepi, akhirnya program nyanyian kanak-kanak kini kembali menerusi 'Ceria Popstar Xtra'.
Seramai 10 peserta cilik diterima untuk mempamerkan bakat istimewa mereka untuk memikat hati para juri dan penonton. Untuk pengetahuan semua, pemenang program ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.
Walaupun baru minggu pertama, salah seorang peserta iaitu Dhiyaa telah menarik perhatian ramai penonton dengan bakat nyanyiannya yang begitu terserlah. Ketika itu, Dhiyaa menyanyian lagu berjudul Teman yang dinyanyikan oleh Iman Troye. Dia bukan sahaja mempunyai kebolehan untuk bernyanyi, malah menari bersama penari latar sepanjang persembahannya.
Namun di sebalik persembahan yang hebat itu, Dhiyaa dikritik hebat oleh salah seorang juri tetap iaitu Mas Idayu. Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah dengan tarian, props dan lain-lain, tetapi dia menegur Dhiyaa supaya jangan mengabaikan fokus terhadap nyanyiannya.
Oleh kerana itu merupakan kali pertama Dhiyaa dimarahi Mas Idayu, dia mengalirkan air matanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan cara teguran yang diberikan oleh Mas Idayu. Hal ini kerana, program itu merupakan program nyanyian kanak-kanak.
Simon Cowell pun nyaah...bila ada kanak2 yg perform dalam britain's got talent tu pun tiba2 boleh berubah kepada komen-komen positif yg membina jer.....
Post time 30-6-2022 05:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni problem with Malay juries bodoh tak reti kritik and rasa kalau kritik makian = constructive and good criticism. You don’t ever berate a kid esp in competition, gordon ramsey yg mmg maki contestant pun dengan budak budak dia lemah lembut je nak kritik pun lembut.
Malay juries ni get off in being mean to contestants padahal accomplishment punya non existent makcik aku kat Pontian pun tak kenal sapa
Post time 30-6-2022 05:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aduhai.. kesian adik ni. Memang tak patut dimarah tengking macam tu. Bkn Simon Cowell je, Gordon Ramsay yg selalu maki-maki orang dewasa, tiba masterchef budak-budak terus dia friendly and bagi constructive criticism. Encouragement mostly. Sebab dia tau dia cakap dgn budak. Bukan orang tua.
kenapa i dengar tak sedap pun budak ni nyanyi..
macam tak jelas apa dia sebut..
juri tu pun memang over kot..
cuba kalau anak dia kena macam tu, dia la yang pertama melompat..
padahal dia pun nyanyi tak setara mana..
paper qualification pun tak ada kot..
takat pengalaman nyanyi satu genre je..
Post time 30-6-2022 06:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Budk lgi la makcik oiii budk2 ni kene bgi positif sikit baru dyrg semangat bnde ko bagi ayat maki ke ape
Ko tgok gordon ramsay treat budk2 yang masak stu perkataan maki pun x keluar
Kalo dewasa bolh la ko nk maki iols mmg x gemar jenis maki budk2 ni katanye nk bgi tough pundek dia