CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dulu Tunggu Angka Kes Covid, Sekarang Hari-hari Teruja Tengok Kutipan Tiket" - Azhan Rani

30-6-2022 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1207| Komen: 3

Description: Tsunami kebangkitan filem Melayu menerusi buah tangan terbaharu Syamsul Yusof maish hangat diperkatakan sehingga kini.
Tsunami kebangkitan filem Melayu menerusi buah tangan terbaharu Syamsul Yusof maish hangat diperkatakan sehingga kini.

Setakat lima hari tayangan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengumpul RM18 juta sekali gus mencipta sejarah filem paling laris terjual di Malaysia mengalahkan filem-filem blokbuster Hollywood.


IG Azhan

Berasa ‘tidak keruan’ kerana masih belum berkesempatan menonton filem Mat Kilau, pelakon Azhan Rani ternyata berbangga dengan Syamsul serta seluruh tenaga kerja filem itu termasuk barisan pelakonnya.

Menerusi laman Instagramnya, Azhan mengakui dia sentiasa menantikan update mengenai jumlah kutipan tiket filem terbitan Studio Kembara itu dari hari ke sehari.


“Sejak hari pertama filem Mat Kilau ini jadi fenomena, aku dah macam musim Covid dulu.

“Masa era pandemik haritu, aku cuma nampak zaman gelap cinema Malaysia. Panggung tanpa cerita baharu, ada pun orang dah tak yakin tengok,” tulisnya.



Pelakon berusia 46 tahun itu juga mengucapkan tahniah di atas hasil usaha keras Syamsul serta barisan produksi dalam mengangkat martabat perfileman tempatan ke satu tahap yang cukup membanggakan.

“Tak terkata terharunya aku bila tengok keyakinan orang mula rancak kembali terhadap cinema kita.



“Yang pernah cakap tak minat filem melayu dulu tu pun habis berangkut sekampung datang ke panggung,” tulisnya lagi.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 1-7-2022 07:56 AM
Gitu!
Siapa yg tak cadang/belum nak tengok dah boleh anggap macam antivaksin ke camana?
Quote MatDeghem 1-7-2022 08:20 AM
che-cikL replied at 1-7-2022 07:56 AM
Gitu!
Siapa yg tak cadang/belum nak tengok dah boleh anggap macam antivaksin ke camana?

Si Rahim sewel...anti filem mat kilau.  
Sapa yg tengok Dan puji filem mat kilau lagi2 yg puji si fattah amin...habis di carutz kaw kaw. Di tuduh dapat bag coach lagi


Hahahah


Quote SonicSiLandak 1-7-2022 09:26 AM
sebenarnya nk bagitau... "penat aku berlakon jadi ustaz lorong.. apasal samsul tak amik aku berlakon filem mat kilau ni"

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046109 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top