Cef selebriti, Chef Wan antara yang btidak bersetuju dengan kenaikan gaji pengerusi bukan eksekutif FGV Holding Bhd, Dzulkifli Abd Wahab sebanyak 60 peratus atau lebih kurang RM480,000 setahun.
Mengulas isu itu di Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail turut berkongsi video Tan Sri Rafidah yang memberi ulasan berhubung isu kenaikan gaji yang dipersetujui lembaga pengarah syarikat tersebut. Beliau yang terkilan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak munasabah dan tidak menunjukkan empati terhadap rakyat yang kini berdepan krisis kewangan dan harga barang naik.
"Tak munasabah. Felda bukannya swasta. Felda adalah pemegang amanah peneroka. Naikkan gaji, awak CEO..." ujar Rafidah. Sementara itu, Chef Wan turut mengulas berhubung isu yang kini hangat dibincangkan itu. "Dah la harta Felda mereka ini, dari dahulu dikerjakannya. "Seksa nak serit lanun-lanun ini ke penjara. Anak-beranak mereka sampai hari ini hidup dari hasil makan duit haram ini. "Mak bapak kita setengah mampus kerja di ladang. Anjing-anjing ini cuma tahu menipu duit mak bapak kita yang diamanahkan kepada mereka," luahnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan perkongsian Chef Wan dan ulasan mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu. Seronok ya naik gaji di kala kami rakyat marhaen bergelut dengan harga barang yang mahal dan makin naik. - CARI
|
ladybugz replied at 30-6-2022 12:27 PM
hm.. rakyat dah menyampah sgt dah. parti2 sume x guna. org melayu nak mengundi siapa nanti? ikutkan ...
ladybugz replied at 30-6-2022 12:27 PM
hm.. rakyat dah menyampah sgt dah. parti2 sume x guna. org melayu nak mengundi siapa nanti? ikutkan ...
ADVERTISEMENT