Perkongsian satu hantaran video menerusi Instagram usahawan Datuk Seri Vida baru-baru ini ‘memancing’ mata netizen yang menonton. Masakan tidak, pengasas kosmetik yang pernah muncul dengan beberapa buah single itu selongkar koleksi tudung yang terdiri daripada pelbagai jenama khusus untuk diberikan kepada pembeli produknya yang terpilih.
Menurut Vida, dia bermurah hati untuk menghadiahkan 200 helai tudung. Sambil selongkar, Vida sempat berceloteh kerana menyiapkan persalinannya yang perlu senada setiap kali menghadiri tugasan di luar kawasan. “Kalau saya outstation saya memang stres gila sebab nak cari semua yang ‘matching’. Sebab itu semua warna, rekaan tudung saya beli. Tapi masa nak punggah tu azabnya," ujarnya. Menurut Vida lagi, ada tudung yang dibelinya sejak sekian lama belum pun dipakai. “Saya ni sebenarnya gemarkan tudung. Ibarat kata macam-macam jenis tudung saya suka beli, suka buat sebagai selimut, buat tengok TV. Ini tudung Dior, RM7,000.
“Dia bercampur macam perut lembu dalam kotak. Ada yang dah macam perut lembu dalam ni (almari). Saya pun tak tahu mana yang murah dan mahal, tapi kita pilih secara rawak hadiahkan tudung saya ni,” katanya lagi. Sumber: Media Hiburan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|