Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang sebelum ini terpalit kontroversi selepas dituduh melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan berkata, kes itu membuka mata banyak pihak dan menegaskan mengenai pentingnya komunikasi.
Awal, 41, berkata, kes sebegitu kerap berlaku, namun tidak diberi tumpuan kerana ia bukanlah berlaku membabitkan selebriti. "Mungkin kes sebegini berlaku setiap hari, tetapi ia tidak membabitkan orang yang dikenali. Saya ada berborak dengan penduduk di kawasan tempat tinggal saya juga dan menurut mereka, dah banyak kes salah faham membabitkan penduduk dengan pihak pengurusan yang berlaku, cumanya ia tidak diberi tumpuan.
"Apabila ia berlaku, kita sebagai penduduk dan pihak pengurusan yang menjaga keharmonian sesuatu kawasan perumahan itu harus berfikir solusinya dan mungkin silapnya adalah dari segi komunikasi," katanya. Tambah bekas pengacara Melodi itu lagi, kebanyakan pengawal keselamatan yang ditempatkan di sesuatu kawasan tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris sekali gus ia menyukarkan proses komunikasi. "Bila dah dua kali berlaku dan mencuri tumpuan (termasuk kes membabitkan pelakon Sharnaaz Ahmad), kita dapat melihat bahawa ada yang tak kena dengan sistem pengurusan. "Pihak bertanggungjawab mungkin boleh meletakkan satu syarat untuk menempatkan seorang pengawal warga negara Malaysia untuk memudahkan komunikasi. Kita orang Malaysia ada adat dan tatasusila," katanya. Tambahnya, ada juga pihak yang menganggap golongan selebriti menyalahgunakan kuasa dan pengaruh sekali gus melanggar undang-undang. "Kalau nak salah gunakan kuasa dan pengaruh, buat apa saya nak gunakan di kawasan rumah. Baik saya guna di tempat lain yang memberi lebih manfaat. "Jadi, apa yang boleh saya katakan, situasi yang berlaku itu membuka mata banyak pihak termasuk diri sendiri untuk bermuhasabah diri," katanya. Sumber: Harian Metro
|
aammyy replied at 30-6-2022 11:02 AM
Setuju.
At least sorang warga asing, sorang lagi warganegara standby.
Nak tanya la kat korang, pernah tak korang belanja pak guard korang. Bg kuih ke, air ke.
AshkieLa replied at 30-6-2022 11:45 AM
for me dan untuk kawasan taman meols benda biasa. Kadang malam2 pi beli burger ramly or satay tep ...
aammyy replied at 30-6-2022 11:49 AM
I selalu jugak buat. Tapi after few weeks mesti pak guard tu ditukar. Adakah suratan atau kebetula ...
aammyy replied at 30-6-2022 11:49 AM
I selalu jugak buat. Tapi after few weeks mesti pak guard tu ditukar. Adakah suratan atau kebetula ...
sleepandream replied at 30-6-2022 01:48 PM
kalau ambik guard local baru keje sebulan dua dah benti...
iols penah tanya tokey cina kenapa tak am ...
Racurve replied at 1-7-2022 02:04 AM
soooo ko nak suruh ambik pak gad manak spentot rahim sewel tu kerr @MatDeghem @Normabaru
aammyy replied at 30-6-2022 11:49 AM
I selalu jugak buat. Tapi after few weeks mesti pak guard tu ditukar. Adakah suratan atau kebetula ...
aammyy replied at 30-6-2022 01:02 PM
Setuju.
At least sorang warga asing, sorang lagi warganegara standby.
Racurve replied at 1-7-2022 02:04 AM
soooo ko nak suruh ambik pak gad manak spentot rahim sewel tu kerr @MatDeghem @Normabaru
Racurve replied at 1-7-2022 12:04 AM
soooo ko nak suruh ambik pak gad manak spentot rahim sewel tu kerr @MatDeghem @Normabaru
ADVERTISEMENT