CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Caj 50 Sen Bukan Untuk Bayaran Tanpa Tunai Paywave Atau Pin

29-6-2022 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1764| Komen: 9

Description: Pengeluaran tunai MyDebit (MyDebit Cash Out) yang akan dikenakan caj sebanyak 50 sen, mulai 1 Julai ini adalah untuk setiap transaksi pengeluaran tunai, bukan bagi tujuan pembayaran menggunakan kaedah ...
Pengeluaran tunai MyDebit (MyDebit Cash Out) yang akan dikenakan caj sebanyak 50 sen, mulai 1 Julai ini adalah untuk setiap transaksi pengeluaran tunai, bukan bagi tujuan pembayaran menggunakan kaedah tanpa tunai payWave atau pin oleh pemegang kad MyDebit.


Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, Fomca difahamkan bahawa caj itu dikenakan bagi pengguna yang mahu mengeluarkan wang tunai tanpa perlu ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Katanya, mengenai caj ini memang agak mengelirukan orang ramai kerana masih ada yang tidak berapa faham tujuan caj berkenaan.


Gambar hiasan


"Apa yang saya faham, caj 50 sen itu adalah bagi mengeluarkan duit tunai di fasiliti tertentu seperti kedai runcit atau premis yang menyediakan kemudahan pengeluaran tunai.

"Tapi kalau kita membuat bayaran guna kad debit seperti payWave memang tiada caj. Pada pendapat saya kalau caj pengeluaran itu untuk keluarkan wang tunai ia bukan isu besar, namun jika pembayaran dikenakan bagi membuat pembayaran menggunakan kad debit, itu perlulah dikaji semula.

"Kita risau pengguna keliru dan sepatutnya caj 50 sen ini diperjelaskan betul-betul," katanya kepada Harian Metro.

Mohd Yusof berkata, kawasan di luar bandar dan pedalaman yang tiada perkhidmatan kemudahan bank ini selalunya akan mengeluarkan wang tunai di premis yang tersedia.

Menurutnya, setakat ini Fomca tidak menerima sebarang aduan mengenai caj terbabit dan pihaknya menyarankan selepas 1 Julai ini, jika pengguna menghadapi masalah caj terbabit aduan boleh dibuat terus kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

"Bagaimanapun, bagi pembayaran menggunakan kad debit, tiada caj yang akan dikenakan kerana Malaysia memang menuju ke arah pembayaran tanpa tunai dan jika caj itu dikenakan sudah pasti ia merencatkan peralihan ke arah masyarakat tanpa tunai menjelang 2025," katanya.

Sebelum ini, beberapa bank sudah memaklumkan pelaksanaan caj 50 sen bagi setiap pengeluaran tunai MyDebit di premis dan peruncit terpilih.

Antara bank terbabit ialah seperti CIMB, Alliance Bank, HSBC, Bank Islam, OSBC dan Standard Charted juga ikut serta dalam perubahan itu.

MyDebit Cash Out membolehkan rakyat Malaysia mengeluarkan wang daripada peniaga atau peruncit terpilih secara langsung untuk membeli barangan dan produk, manakala perkhidmatan PayNet yang lain seperti DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank tidak terjejas oleh perubahan ini.

Bagaimanapun, penyedia MyDebit Cash Out, PayNet masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 29-6-2022 08:03 PM
Cashless society, cashless society tapi setiap bulan no cash

48_3000_0.jpg
Quote gekkou 29-6-2022 09:15 PM
blum habis lagi ke issue ni?
Quote kakikuDibibirmu 29-6-2022 09:34 PM
gekkou replied at 29-6-2022 09:15 PM
blum habis lagi ke issue ni?

Mestilah takkan habis, satu hari singgah 10 kedai, dah rugi RM5
Quote orkid_amani 30-6-2022 12:17 AM
Salah tu.. sebetulnya kalau customer request nk cash masa kat kaunter..diorang tap debit card dekat terminal counter kedai charge 50sen..kan kat kedai bukan semua boleh bayaq pakai kad..rokok..topup..t&g kena bayaq cash.
Quote kemaruk 30-6-2022 12:22 AM
korang boleh nampak sendiri la macam mana acik2 bengap senang ditipu oleh anjing DAP

benda simple camni pon dorang boleh kena hasut

Quote green~tea 30-6-2022 12:23 AM
Dah lama tahu... sapa yg confuse nya

Tp takpa lah.... maybe diulang clarification supaya pengguna tak panic
Quote axl_bach 30-6-2022 01:07 AM
Mohd Yusof berkata, kawasan di luar bandar dan pedalaman yang tiada perkhidmatan kemudahan bank ini selalunya akan mengeluarkan wang tunai di premis yang tersedia.

Patutnya xyah lah cas pun, kesian lah dorg dah laa xder bank.....huhuhuhuh
Quote bottombikini 30-6-2022 08:40 AM
aku tak tau pun bole keluarkan cash kat premis lain selain ATM
begitu purba di zaman silam
Quote Hizert 30-6-2022 10:15 AM
Aikk jadi isu jugak ke bende ni? clear kot, dah nk klua duit di kaunter bukan bank kena la charge, hatta klua dari atm bukan native bank pon kene jugak caj kan. ok la, biasa kampung2 ada servis camni.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044677 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top