CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Bukan Macam Tu' - Bekas Kekasih Pertahankan Fify Azmi

29-6-2022 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1210| Komen: 0

Bekas kekasih pelakon Fify Azmi yang juga pelakon baru, Haidar Hasanudin tampil mempertahankan kontroversi membabitkan aktres itu apabila dikatakan menggunakan dadah untuk menambah penghayatan dalam lakonan.


Katanya, dia terkejut ketika membaca kisah Fify di internet kerana cukup mengenali keperibadian Fify ketika masing-masing belum bergelar artis.


IG Haidar

"Mengenali Fify sejak 2015, saya yakin dia bukan wanita sebegitu. Sebelum ini hubungan saya dengan Fify memang rapat dan saya pernah membimbing jadual seninya.

"Fify seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menepati waktu. Saya pun tidak pernah ada sebarang isu dengannya walaupun hubungan kami sudah lama berakhir," katanya.


Menurut Haidar, dia dan Fify mula membawa haluan hidup masing-masing sekitar tahun 2020 bagi memberi fokus kepada kerjaya masing-masing, namun sentiasa terbuka jika ada peluang berlakon bersama.

"Saya dan Fify tidak bergaduh, tapi masing-masing sudah ada kerjaya dan jalan hidup sendiri. Fify pun sudah temui pengganti baru.

"Walaupun hubungan kami sudah lama berakhir, tapi saya selalu mendoakan kejayaan Fify kerana dia sangat berbakat. Malah saya juga jadikan dia sebagai rujukan untuk saya membawa diri dalam industri.

"Saya selalu juga doakan semoga Fify dan juga kekasihnya iaitu pelakon, Nafiez Zaidi bahagia. Saya tidak punya masalah jika bergandingan dengan mereka dalam apa-apa naskhah," katanya.

Pada 7 Jun lalu, Fify membuat laporan polis mendakwa wang hasil penat lelahnya dilarikan seorang wanita yang dikenalinya secara dekat.


IG Fify

Susulan pendedahan terbabit, individu terbabit juga meluahkan rasa terkilan dan menyifatkan Fify tidak sepatutnya menguar-uarkan salah faham antara mereka yang sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

Wanita terbabit memuat naik status berunsur ugutan dalam InstaStory miliknya yang dipercayai ditujukan kepada Fify biarpun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Antara status yang dimuat naik sebelum dipadam ialah individu yang mencalarkan maruahnya itu memerlukan bantuan dadah untuk kekal aktif ketika berlakon.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.046829 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top