CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Boleh Berkongsi, Zara Zya Tak Kuat Hidup Bermadu

29-6-2022 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1360| Komen: 0

Zara Zya tidak sanggup berkongsi kasih apatah lagi berpoligami apabila bergelar isteri suatu hari nanti.

Bukan menolak pelakon berusia 37 tahun itu tidak kuat untuk menjalani perkahwinan di mana dia tahu perlu berkongsi kasih dengan orang lain.


"Saya tak boleh. Saya bukan orang yang boleh berkongsi. Mungkin masa indah, kita kata boleh, tapi masa tak indah, macam mana pula kan? Jadi, saya tidak sekuat itu.


IG Zara

"Ada yang saya kenal orang terdekat berpoligami. Tapi, macam mana kehidupan mereka? Saya tak tahu. Tak tahu sama ada indah atau tak.


"Tapi, kalau kita tak berpoligami pun, ada juga pasang surut hubungan. Kalau kita tak kuat, macam mana kita nak hidup dengan keadaan kita berkongsi kasih?" katanya.

Bagaimanapun, Zara hormat terhadap individu yang memilih berpoligami.

Menurutnya, orang yang hidup berkongsi kasih ini memang kuat mental dan fizikal terutama soal emosi.

"Kita manusia, kalau tak pilih berpoligami pun tetap ada masalah. Masa bercinta pun tetap ada yang curang.

"Tak semestinya orang yang pilih berpoligami ini salah. Mungkin mereka ada sebab tertentu, kalau dia mampu, teruskan. Mampu bukan dari segi harta, tapi segala aspek. Persediaan mental, hati, wang, semualah," katanya.


IG Zara

Zara kini membintangi drama Risik Pada Hati di slot Akasia TV3 bersama Alif Satar dan Ummi Nazeera. Menurutnya, drama itu wajib ditonton kerana sangat dekat dengan masyarakat.

"Drama ini dekat pada orang yang berpoligami. Tak kisahlah orang itu berniat, ada niat, sedang berpoligami, memang kena tengoklah drama ini, tapi ia bukanlah memburuk-burukkan pasal orang berpoligami. Ada pro dan kontra macamana kehidupan seorang lelaki yang ada dua isteri.

"Di mana isteri pertama merelakan tapi pada masa sama, dalam rela naluri wanitanya tetap cemburu. Konfliknya tidak seperti mana drama lain yang dramatik. Ia ringan, dekat dengan penonton dan orang berkeluarga," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051996 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top