CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gaul Adunan Pakai Tangan Sampai Ke Siku, Betul-Betul Lain Macam Penangan 'Air Tangan'!

29-6-2022 12:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2018| Komen: 12|Original author: Tatod

Sumber FB


Jijik dan meloyakan! Itulah gambaran yang dapat disimpulkan selepas menonton sebuah video memaparkan seorang lelaki yang memakai singlet kelabu sedang mengadun kek dalam periuk besi dengan menggunakan tangannya.

Aksinya yang rancak menyeluk adunan itu sehingga ke paras siku tanpa sarung tangan atau peralatan menyebabkan netizen yang sempat menonton video itu 'kembang tekak' melihat proses pembuatan kek yang dianggap terlalu kotor.

Rakaman berdurasi lebih lima minit itu dimuat naik oleh Sulaiman Mansor menerusi 'group' Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook, beberapa hari lalu turut disertakan dengan kapsyen 'jom buat kek tangan'.

Sumber FB

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga turut memecahkan beberapa biji telur yang dipercayai tidak dibersihkan untuk dimasukkan ke dalam adunan kek berkenaan.

Peralatan seperti mesin pengadun dan ketuhar juga kelihatan berkerak dengan daki kotoran. 

Sumber FB



Loading FB Video...

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian namun rata-rata, ramai yang meninggalkan kecaman dan kritikan terhadap individu yang menghasilkan kek tersebut tanpa mengambil kira soal kebersihan. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 29-6-2022 12:39 PM
eeiiiiiiii
Quote CariMalay 29-6-2022 03:11 PM
Baca tajuk aku sangka cat je, rupa2nya kek. Dasar babi punya peniaga.
Quote cikatilia 29-6-2022 05:20 PM
tu air ketiak tu
Quote Artemesiaa 29-6-2022 05:22 PM
Euwww tu bukan setakat sampai ke siku sikit lagi dah sampai ketiak.  Gunalah alat membanch lebih bersih lebih2 lagi untuk buat jualan.
Quote namemysoul 29-6-2022 10:43 PM
Wahh...musti ada rasa masin2 nihh....hehehehe
Quote mclaren 30-6-2022 07:56 AM
Alang2 menyeluk adunan, biar sampai ke pangkal lengan.
Quote bakingsoda 30-6-2022 10:23 AM
mixer pon berkarat wey
Quote Mary_jane 30-6-2022 11:10 AM
Video thai ke? Selamat.
Quote Hizert 30-6-2022 11:23 AM
Teringat aku masa gi kenduri membe kahwin beberapa taun dulu.

Selambe je abang tu angkat tangan ala2 cam berdoa tros mengadun ratakan kuah rojak buah dengan naked hand dia. Pehh tuhan masih sayangkan aku, selamat membe nampak n halang aku dari nk termakan rojak tu.

Bayangkan lah, dah la pd hari kejadian tu panas, rata2 memang berpeluh punya. Kompem extra masin rojak naked hand abang tu.

Quote esbok 30-6-2022 12:18 PM
Org kata beli lah tolong usahwan kecil, depa bungkus gitu je makanannya takde proper description atas makanan dia. Gini gaya,tak boleh lah tuduh pembeli eksen nak beli yang branded yada yada
Quote LadyCarefree 1-7-2022 09:06 PM
Ramai jenis xkisah main beli je esp kalau viral. Kat IG pun kalau video2 penjual xpakai glove maka ramai kutuk balik siapa yg tegur.
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 09:15 PM

eeeee teliti sngt ni


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.104744 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top