Perkongsian seorang wanita mengenai pengalamannya menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di sebuah restoran di Kuala Lumpur, sudah cukup membuatkan orang ramai 'seram sejuk'.
Mana tidaknya, mereka sekeluarga terjumpa sebilah mata kail di dalam lauk kari kepala ikan yang dipesan! Menerusi gambar yang tular di media sosial, kelihatan mata kail yang besar dan tajam itu diselaputi kuah kari manakala bahagian tengahnya masih terlekat sisa isi ikan. Mujurlah salah seorang daripada ahli keluarga wanita tersebut ternampak mata kail tersebut sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Wanita tersebut segera membuat aduan kepada pengurus restoran berkenaan mengenai penemuan yang tidak dijangka itu, namun respons yang diterima amatlah mengecewakan. Bukan sahaja enggan bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku, sebaliknya pihak restoran menyalahkan pula pembekal ikan mereka. "Ada mata kail di kepala ikan, bukankah ia luar biasa? Nasib baik ayah saya tidak menyuap dan menggigitnya, sempat melihatnya apabila dia menggunakan sudu untuk memakan ikan itu. "Bagaimana dengan orang lain? Bagaimana jika kanak-kanak yang terjumpa? Adakah mereka makan mata kail? "Pada awalnya, mereka kata ia silap pekerja di dapur, tetapi apabila saya nak buat bayaran, mereka minta maaf dan kata ia adalah salah pembekal," kata wanita berkenaan. Menurutnya lagi, harga untuk kesemua hidangan yang dipesan berjumlah RM298.60 namun bil tersebut diberi 'diskaun' sebanyak 60 sen, menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah RM298. Menjengah komen netizen, rata-ratanya mengecam sikap tidak bertanggungjawab pihak restoran berkenaan kerana mengambil mudah soal kebersihan dan keselamatan pelanggan. "Pekerja dapur bersihkan ikan betul-betul ke tidak? Macam mana cef pun tak perasan? "Kalau tertelan mata kail tu, bukan kena bayar 60 sen untuk kos pembedahan. Restoran mana ni? "Hanya 60 sen? Saya akan saman mereka," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
pittjie replied at 29-6-2022 09:49 AM
penjodoh bilangan mata kail .. bilah ke? bilah tu tuk pisau, mata kipas, parang. mata kail tu sebent ...
pittjie replied at 29-6-2022 09:49 AM
penjodoh bilangan mata kail .. bilah ke? bilah tu tuk pisau, mata kipas, parang. mata kail tu sebent ...
ADVERTISEMENT