CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Halusinasi, Agresif, Nak Bunuh Diri- 6 Budak Bawah Umur Termasuk Budak 3 Tahun Makan Ganja

29-6-2022 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1000| Komen: 8

Description: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun adalah antara enam kanak-kanak bawah umur yang mengalami kesan tidak diingini antara 21 dan 26 Jun lalu selepas secara sedar atau tidak mengambil ganja at ...
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun adalah antara enam kanak-kanak bawah umur yang mengalami kesan tidak diingini antara 21 dan 26 Jun lalu selepas secara sedar atau tidak mengambil ganja atau makanan yang mengandungi kanabis.


Keenam-enam kes itu dilaporkan oleh Kolej Pediatrik Diraja dan Persatuan Pediatrik Thailand.

Memetik laporan itu, Profesor Dr Opass Putcharoen, ketua Pusat Klinikal Penyakit Berjangkit di Hospital Chulalongkorn, berkata dalam catatan Facebooknya pada Selasa bahawa si kecil itu makan sebahagian daripada biskut, dipercayai mengandungi ganja, yang dibeli dan disimpan oleh saudara maranya di dalam rumah.


Foto: AFP


Akibatnya, dia menjadi mengantuk dan lemah sehingga terpaksa dihantar untuk rawatan.

Kes kedua melibatkan pesakit psikiatri berusia 14 tahun, yang tidak diberi ubat selama dua minggu.

Dia dilaporkan menghisap sebatang rokok yang disediakan oleh rakannya untuk mengurangkan tekanan, tanpa mengetahui ia mengandungi ganja.

Dia menjadi keliru dan sikapnya berubah sehingga turut diberi rawatan perubatan.

Seorang remaja berusia 17 tahun di wilayah Phichit memakan bunga ganja untuk berseronok.

Dia mengalami halusinasi, menjadi agresif dan cuba mencederakan dirinya sendiri.

Satu lagi kes melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun, yang menghisap ganja yang diberikan oleh rakannya, dan kemudian mengalami kebimbangan yang melampau dan cuba mencederakan dirinya sendiri dan dihalang oleh ibunya.

Dia kemudian dinasihatkan untuk tidak menghadiri kelas dan dirawat dengan ubat psikiatri.

Seorang remaja berusia 17 tahun di Nakhon Si Thammarat mengakui kepada gurunya bahawa dia telah menggunakan ganja selama kira-kira setahun, selepas guru itu menyedari berat badannya semakin berkurangan dan kelihatan lemah.

Dia dihantar berjumpa doktor dan kemudian dirawat di rumah.

Seorang remaja berusia 16 tahun di Bangkok, yang mempunyai sejarah masalah psikiatri, mencuba coklat yang mengandungi ganja dan muntah, menjadi cemas dan mula berhalusinasi.

Dr. Opass berkata bahawa doktor yang merawat kanak-kanak bawah umur untuk gejala pengambilan bahan tersebut, mereka digesa melaporkannya kepada Kolej Pediatrik Diraja dan Persatuan Pediatrik Thailand, supaya mereka boleh menyimpan rekod semua kes dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi anak muda daripada kesan berbahaya tumbuhan tersebut. -CARI

Sumber: mStar/ Thai Pbs World

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 29-6-2022 03:25 PM
Kat Thailand kan semua tu berlaku? Tu la, siapa suruh halalkan ganja
Quote CariMalay 29-6-2022 03:27 PM
Edited by CariMalay at 29-6-2022 03:29 PM

Yg kelakarnya bila ada pak lebai alim ulama minta halalkan ketum dan ganja kat Malaysia sekali. Teruk betul. Tau la ubat, tapi benda tu orang boleh salahguna. Islam pun larang apa2 yg memabukkan dan megkhayalkan macam arak, so ketum dan ganja pun sah2 la haram
Quote Artemesiaa 29-6-2022 04:52 PM
Timbul sudah masaalah baru akibat kecuaian orang dewasa
Quote dua_chzy 29-6-2022 06:52 PM
Cobaan mengharamkan @gegarvaganja.
Quote dua_chzy 29-6-2022 06:54 PM
Semua yang ambik ganja dalam laporan di atas ini tidak melalui doktor dan tanpa preskripsi betul. Selayaknya rasa macam2. Cuba kau telan panadol 10 biji. Sama ja kot kesan.
Quote CariMalay 29-6-2022 09:12 PM
sasasoso replied at 29-6-2022 06:44 PM
bila napsu kawal akal, benam diri lah ceritanya. yg tak betul dibetulkan yg haram dihalal kan, yg  ...

Yep betul   
Quote kakikuDibibirmu 29-6-2022 09:37 PM
Penawar paling berkesan terhadap kanser  tersenyum sinis
Quote dua_chzy 29-6-2022 10:16 PM
sasasoso replied at 29-6-2022 01:35 PM
hah skrg dah ada preskripsi ganja ke zis, also dari doktor boleh dpt ke?serious curious. stakat yg ...

Mana hada. Aiols imagine je jika ganja dihalalkan sebagai obat dan diberi melalui preskripsi duktur barangkali idok la mudarat macam dalam berita kat thread ni kesannya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.103139 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top