CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Definisi Perempuan Selalu Betul," – Wanita Langgar Kereta orang Di Belakang Buat Netizen Berang

28-6-2022 05:56 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2100| Komen: 5|Original author: Cinta Erina

Sumber: Twitter Malaysia Most Viral


Seperti yang semua orang tahu, rakyat Malaysia kebanyakannya akan menjadi seperti watak dalam Fast and Furious semasa memandu di mana ramai yang merasakan bahawa jalan itu mereka yang punya sehingga ada yang mula untuk menjadi samseng jalan raya.

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh akaun Malaysia Most Viral di Twitter. Menerusi video itu, kelihatan seorang wanita seperti tidak mengaku salah semasa kemalangan jalanraya meskipun wanita itulah yang mendatangkan kerosakan kepada kenderaan lain.



Dalam video tersebut, jelas kelihatan kereta yang dipandu oleh wanita itu secara tiba-tiba mengundur ke belakang dan menghentam kenderaan di belakangnya. 

Yang lebih menyebalkan, wanita itu terus keluar dari keretanya dengan 'muka ketat' seperti keretanya yang dilanggar dan segera melihat keadaan bahagian belakang keretanya selepas insiden itu.

Hal ini membuatkan lelaki yang keretanya dilanggar itu geram dan sakit hati apabila wanita itu berlalu pergi tanpa meminta maaf dan berlagak seperti mangsa keadaan pula.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sakit hati masing-masing dan geram dengan tindakan wanita berkenaan. -CARI

Sumber: Twitter Malaysia Most Viral


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 29-6-2022 11:17 AM
Laki pompuan sama saje laaa bila dah bawa kete mcm hantu. Balik2 pompuan je jd bahan. Yg suka ckp pompuan je betul tu is typical MCP. Aku dua kali dah lelaki bawa kete langgar kete aku. Belum lagi spesis bawa motor langgar side mirror aku, laki gak. Yg bawa kete tiba masuk lane mengejut laki gak. Takde aku meroyan ckp laki je betul. Ko dah salah tetap salah baik laki or pompuan.
Quote nazzel_fly 29-6-2022 01:50 PM
Dia sekarang issue yang melibatkan gender memang senang orang triggered. Masing2 lawan jadi keyboard warrior cakap pompuan mcm tu laki mcm ni tapi tak fikir, yang bapak diorg laki jugak and mak diorg pompuan jugak. General je dah la. Rilek2 sudeh
Quote saviour_09 29-6-2022 03:29 PM
tak masalah nya mmg acik ni salah

dash cam ada nak pusing cite gender apooo
Quote KamikuP 29-6-2022 04:02 PM
Pompuan selalu betul. Rujuk pada kes viral dulu2 minah nak hempuk apek guna pengunci stereng
Quote Artemesiaa 29-6-2022 05:20 PM
Sekarang kebanyakan kereta dah ada dash kamera akal berlakun macam dulu2 dah tak laku elok gi balai cerita

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061246 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top