Johnny Depp yang baru sahaja selesai kes makahmah dengan bekas isterinya Amber Heard dikatakan akan kembali memegang watak ikonik Jack Sparrow dalam filem Pirates Of The Caribbean terbaru. Menurut Daily Mail, pelakon itu telah berbincang dengan Disney tentang kemunculan Johnny Depp sebagai Jack Sparrow semula. Difahamkan, Johnny Depp akan menerima USD301 juta (RM1.3 bilion) untuk wataknya, beliau juga akan kembali dalam filem Pirates of the Caribbean 6 dan Disney Plus "spin-off" yang akan menceritakan kehidupan awal sebagai kapten untuk kapal "The Black Pearl". Sekadar info, penampilan terakhir Johnny dalam filem Pirates of the Caribbean adalah Dead Men Tell No Tales yang ditayangkan pada tahun 2017 dan filem itu mendapat reaksi suam-suam dari peminat. -CARI |
babelina replied at 29-6-2022 09:20 AM
makin tua makin taste aku kt dia.. gerammmmmm jer tgk susuk bdn dia.. suara dia.. senyuman dia.. aaa ...
SonicSiLandak replied at 30-6-2022 03:40 PM
komen dahaga paling sangap penah aku baca...
ADVERTISEMENT