CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

21 Remaja Maut Keracunan Minuman Keras Rai Tamat Peperiksaan

28-6-2022 07:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1202| Komen: 2

Sekurang-kurangnya 21 remaja maut pada hujung minggu selepas keluar malam di sebuah kedai minuman keras di Afrika Selatan.

Walaupun punca kematian masih belum diketahui, pegawai tempatan dan ahli politik memaklumkan kebimbangan mereka jika kematian itu ada kaitan dengan pengambilan minuman keras.

Kerajaan wilayah Eastern Cape memaklumkan lapan remaja perempuan dan 13 lelaki meninggal dunia di kedai minuman itu, di kawasan perumahan yang dipanggil Scenery Park.


Polis memantau lokasi 21 remaja maut di sebuah kelab malam. FOTO CBCNEWS

Seramai 17 ditemukan meninggal dunia di tempat kejadian manakala selebihnya di hospital.


Botol kosong alkohol, rambut palsu dan juga selempang dengan tulisan 'Selamat Hari Lahir' berwarna ungu pastel ditemui berselerak di jalan berdebu di luar Enyobeni Tavern dua tingkat, kata Unathi Binqose, seorang pegawai keselamatan kerajaan yang tiba di tempat kejadian pada awal pagi.

"Kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar yang meraikan tamat peperiksaan sekolah menengah mereka pada malam Sabtu.

"Tiada kesan luka yang kelihatan pada mayat, tetapi bedah siasat akan menentukan sama ada kematian itu boleh dikaitkan dengan keracunan, " katanya.

Antara pegawai kanan kerajaan yang bergegas ke bandar selatan itu adalah Menteri Polis Bheki Cele dan beliau dilihat menangis selepas keluar dari bilik mayat.

"Ia kejadian yang mengerikan. Mereka cukup muda. Apabila diberitahu mereka berusia 13 tahun, 14 tahun dan melihat mereka, rasa agak sebak sekali," katanya.

Presiden Cyril Ramaphosa, yang menghadiri sidang kemuncak G7 di Jerman, turut menzahirkan ucapan takziah dan turut menyuarakan kebimbangan mengenai golongan muda yang berkumpul di tempat larangan untuk individu berusia di bawah umur 18 tahun.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 28-6-2022 07:40 AM
berita caprut.jpg
Quote Simunggu 28-6-2022 07:44 AM
ingat di india

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057535 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top