Baru-baru ini, ahli jawatankuasa Amber Court, Genting Highlands mengecam tindakan mereka yang menyebarkan maklumat tidak berasas dengan mendakwa bangunan Amber Court berhantu. Mereka juga mengecam tindakan beberapa pencipta kandungan yang menyiarkan video di laman YouTube dengan memalsukan bunyi dan menggunakan pelakon bagi menambah elemen seram di tempat itu. Difahamkan, Agensi Pengurusan Pavilion Genting Caiyun berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menyaman pencipta kandungan yang menyebarkan maklumat palsu sehingga memberi kesan ekonomi kepada bangunan itu.
Tambahan pula, mereka juga bercadang untuk menjenamakan semula bangunan dan memperbaiki imej bangunan tersebut dengan melakukan perubahan besar kepada bangunan itu. - CARI |
ADVERTISEMENT