CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Lembut Tegurannya," - Dihina Kulit Hitam, Gadis Selamba 'Ceramah' Balik

24-6-2022 09:39 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2353| Komen: 5|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Kila Luck


Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita untuk mempunyai kulit putih sehingga ada yang sanggup melakukan pelbagai rawatan dan mengambil suplemen yang meragukan hanya kerana mahu dilihat 'cantik' dikhalayak ramai. Hal ini kerana stigma masyarakat Malaysia yang sering kali menganggap bahawa kulit gelap itu tidak menawan. 

Terbaru ini, tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Kila Luck. Menerusi video itu, gadis ini tampil untuk memberi 'ceramah' kepada netizen yang seringkali mengutuk warna kulitnya. Tak fikir langsung perasaan orang lain!



Selain itu, gadis ini turut menerima pelbagai kecaman  berkaitan cara pemakaian dan solekannya. Ada yang mengatakan bahawa warna pakaiannya dan solekannya terlalu terang dan tidak sesuai dengan warna kulitnya. 

Lebih menyakitkan hati, ada juga yang tergamak mengatakan bahawa gadis terbabit akan kelihatan lebih hodoh jika dia membuang 'filter' di video TikToknya. Namun, gadis ini tidak mudah melenting malah dia menasihati individu yang mengutuknya itu dengan cara yang begitu lembut.  

Semasa menasihati, Kila turut menyelitkan cerita mengenai  orang pertama mengalunkan azan iaitu Bilal Bin Rabah juga juga mempunyai kulit gelap. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong gadis ini dan sama-sama menasihati individu yang telah mengutuk Kila. -CARI

Sumber: Tiktok Kila Luck

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 24-6-2022 09:52 AM
Haneesya Hanee tersenyum sinis
Quote prince_marhaen 24-6-2022 09:58 AM
2-3 hari lagi Bekas Dewi Remaja Dilucutkan mesti share benda ni..... hikhikhik
Quote nakkomenjugak 26-6-2022 09:20 AM
jangan nanti jadik founder timbang kilo
cucuk2 pastu buat comparison zaman dulu zaman now
be proud dengan kulit u yachhhh dek non
Quote Cokoro 26-6-2022 02:20 PM
Aku sebagai budak hitam paham perasaan adik ni. Bila dh dikait dgn kaabah n bilal tu sbnrnya hati tu tgh sedih. tkpe dik just be yourself. Mulut manusia xkan prnh tutup. Akan ada je mulut2 gini even dh tua renta pun
Quote zuuu 27-6-2022 01:09 AM
Susah betul jadi manusia ni,dh lahir ngan warna kulit gelap org komen hitam,x cantik bla bla bla,kalo budak ni g korea wat plastic surgery org lain pulak akan komen haram,x tahu bsyukur,muka putih mayat bla bla bla...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033082 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top