View: 1490|Reply: 5
|
"Lembut Tegurannya," - Dihina Kulit Hitam, Gadis Selamba 'Ceramah' Balik
[Copy link]
|
|
Sumber: Tiktok Kila Luck
Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita untuk mempunyai kulit putih sehingga ada yang sanggup melakukan pelbagai rawatan dan mengambil suplemen yang meragukan hanya kerana mahu dilihat 'cantik' dikhalayak ramai. Hal ini kerana stigma masyarakat Malaysia yang sering kali menganggap bahawa kulit gelap itu tidak menawan.
Terbaru ini, tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Kila Luck. Menerusi video itu, gadis ini tampil untuk memberi 'ceramah' kepada netizen yang seringkali mengutuk warna kulitnya. Tak fikir langsung perasaan orang lain!
Selain itu, gadis ini turut menerima pelbagai kecaman berkaitan cara pemakaian dan solekannya. Ada yang mengatakan bahawa warna pakaiannya dan solekannya terlalu terang dan tidak sesuai dengan warna kulitnya.
Lebih menyakitkan hati, ada juga yang tergamak mengatakan bahawa gadis terbabit akan kelihatan lebih hodoh jika dia membuang 'filter' di video TikToknya. Namun, gadis ini tidak mudah melenting malah dia menasihati individu yang mengutuknya itu dengan cara yang begitu lembut.
Semasa menasihati, Kila turut menyelitkan cerita mengenai orang pertama mengalunkan azan iaitu Bilal Bin Rabah juga juga mempunyai kulit gelap.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong gadis ini dan sama-sama menasihati individu yang telah mengutuk Kila. -CARI
Sumber: Tiktok Kila Luck
|
|
|
|
|
|
|
|
Haneesya Hanee tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
2-3 hari lagi Bekas Dewi Remaja Dilucutkan mesti share benda ni..... hikhikhik |
|
|
|
|
|
|
|
jangan nanti jadik founder timbang kilo
cucuk2 pastu buat comparison zaman dulu zaman now
be proud dengan kulit u yachhhh dek non |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sebagai budak hitam paham perasaan adik ni. Bila dh dikait dgn kaabah n bilal tu sbnrnya hati tu tgh sedih. tkpe dik just be yourself. Mulut manusia xkan prnh tutup. Akan ada je mulut2 gini even dh tua renta pun |
|
|
|
|
|
|
|
Susah betul jadi manusia ni,dh lahir ngan warna kulit gelap org komen hitam,x cantik bla bla bla,kalo budak ni g korea wat plastic surgery org lain pulak akan komen haram,x tahu bsyukur,muka putih mayat bla bla bla... |
|
|
|
|
|
|
| |
|