Seperti diduga, minyak masak paket 1 kilogram (kg) hampir habis di rak-rak di beberapa pasar raya sekitar Kuantan.
Keputusan kerajaan mengumumkan pemansuhan kawalan harga siling minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2 kg, 3 kg dan 5 kg bermula 1 Julai ini mendorong pembeli memborong minyak masak pek polibeg 1 kg bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50 seunit. Rak menjual minyak masak paket 1 kg di sebuah pasar raya hampir habis ketika tinjauan MalaysiaGazette hari ini. “Makcik dah agak akan habis,” ringkas jawapan seorang warga emas yang disapa MalaysiaGazette yang membuat tinjauan di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.
Namun, terdapat juga pengguna yang memikirkan alternatif lain selain bergantung kepada minyak masak untuk masakan di rumah. Seorang pembeli yang ingin dikenali sebagai Mort, 38, berkata, pengumuman kerajaan baru-baru ini tidak menjejaskan keluarganya. “Kalau goreng-goreng ni, saya lebih suka guna ‘air-fryer’ untuk goreng ayam dan sebagainya. Tiada masalah,” jelasnya. Katanya, beliau tidak terlalu terkesan dengan pengumuman penarikan semula subsidi minyak masak tulen itu berbanding para peniaga. “Peniaga mungkin terjejas la sebab mereka menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang banyak untuk menggoreng atau memasak,”katanya. Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan tidak meneruskan kawalan harga siling ayam dan telur ayam berkuat kuasa 1 Julai. Menurutnya, langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang dapat menstabilkan harga. Bagaimanapun, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram dan pada harga RM2.50 sepeket, masih diteruskan. Sumber: MalaysiaGazette
|
kakikuDibibirmu replied at 24-6-2022 01:15 AM
Barokah Indonesia haramkan eksport minyak kelapa sawit, terus Malaysia mendunia {: ...
ultra78 replied at 24-6-2022 07:22 AM
Beralihlah ke minyak zaitun pulak. Sambal nasi lemak pakai minyak zaitun.
renko replied at 23-6-2022 04:50 PM
tadi g lunch
tgk kedai makan tu simpan 2 kotak minyak paket bawah rak lauk
musangbodoh replied at 24-6-2022 01:13 AM
antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia....tp stok dlm negara bleh abis...ape yg silap?
musangbodoh replied at 24-6-2022 01:13 AM
antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia....tp stok dlm negara bleh abis...ape yg silap?
musangbodoh replied at 24-6-2022 01:13 AM
antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia....tp stok dlm negara bleh abis...ape yg silap?
ADVERTISEMENT