Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dan kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata prosedur berkenaan dijalankan Isnin lalu. "Ekoran prosedur intervensi tersebut, Seri Paduka selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan," katanya. Ahmad Fadil berkata Seri Paduka dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara hujung minggu ini selepas selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut.
Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang mendoakan kesejahteraan Seri Paduka. Baginda dilapor menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki sejak Isnin lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dani-rox replied at 23-6-2022 03:51 PM
syukuuuuurrrr...
dua_chzy replied at 23-6-2022 04:28 PM
Eh eh, sapa yang bimbang pon?
becir replied at 23-6-2022 04:29 PM
Ntah..perasaan theyols je lot
dani-rox replied at 23-6-2022 03:51 PM
syukuuuuurrrr...
dani-rox replied at 23-6-2022 03:51 PM
syukuuuuurrrr...
ADVERTISEMENT