CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mat Salih Mengaku Benci Kereta Kancil, Tertipu Setiap Kali Nak Masuk Parkir

23-6-2022 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2197| Komen: 35

Description: Sememangnya mencari parkir di pusat beli-belah menguji kesabaran, terutama pada hujung minggu, cuti umum mahupun musim perayaan.
Sememangnya mencari parkir di pusat beli-belah menguji kesabaran, terutama pada hujung minggu, cuti umum mahupun musim perayaan.

Selain perlu berebut tapak parkir dengan pengunjung lain, pemandu juga sering 'terpedaya' dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

Perkara itu turut diluahkan oleh seorang 'Mat Salih' yang berkongsi pengalamannya, baru-baru ini.

Menurut Andrew Martin, insiden tersebut sering berlaku ketika memandu di tempat letak kereta di pusat beli-belah.

Foto: via mStar

"Sudah banyak kali memandu di mencari parkir kosong selama 15 hingga 20 minit di pusat beli-belah seperti One Utama atau Mid Valley.


"Sedang mencari tu, saya akhirnya terjumpa parkir kosong. Saya kemudian memecut ke parkir kosong itu sebelum ia diambil oleh orang lain," tulisnya menerusi satu hantaran.

Namun kata Andrew, sebaik tiba di parkir kosong itu rupa-rupanya sudah ada kenderaan lain yang diletakkan di tapak berkenaan.


Foto: via mStar

"Hanya bila dah sampai, rupa-rupanya terdapat sebuah kereta Perodua Kancil di tapak parkir, yang sememangnya tidak boleh dilihat dari jauh sehinggalah anda sampai ke tempat tu," ujarnya.

Luahan Andrew menerusi platform LinkedIn itu menjadi tular di media sosial sehingga mencuit hati netizen.

"Rakyat Malaysia, saya tidak suka mengatakan perkara ini... tetapi saya mula tidak menyukai salah satu kenderaan anda.

"Saya rasa ia memang direka untuk melakukan penyeksaan psikologi!" tambah Andrew secara berseloroh.

Keluhan Andrew meraih perhatian dan ramai menyatakan bahawa dia tidak keseorangan berhadapan dengan situasi sama gara-gara kereta Kancil bersaiz kecil.

"You are not alone."

"Bak kata pepatah 'Parking yang kosong jangan disangka tiada Kancil'."

"Banyak kali jadi weh. Harapan palsu betul."

"Itu la pagi tadi pun kena scam dengan Kancil masa nak cari parking depan pasar raya."

"Jadilah bijak seperti Kancil," demikian antara komen-komen netizen.

Lebih melucukan apabila pemilik kereta Kancil turut berkongsi pengalaman meletakkan kenderaan mereka sendiri di parkir.

"Saya yang pakai kancil pun tak nampak kereta sendiri."

"Sebab tu bapa saya selalu keluarkan sikit 'buntut' Kancil tu waktu parkir untuk mudahkan orang lain nampak ada kereta pada ruangan tu. Bersikap ihsan pada semua amatlah mudah," kata netizen.

Jika kereta Myvi sering dilabel 'King of The Road' (Raja di Jalan Raya), Kancil pula dikatakan netizen sebagai 'King of Parking' (Raja di Tempat Parkir). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 23-6-2022 03:40 PM
selalu jugak terkena... esp kat parking rumah bertingkat.. dah la nak cari parking susah, bila nampak "parking kosong" mcm nampak ketul emas.. sekali pergi dekat ada kancil...
Quote nonanje59 23-6-2022 03:45 PM
hahaaha terasa kancilku. tp aku pandai eh aku park kancil saing2 kete panjang bagi sama bagi org tak carutsss.
Quote dani-rox 23-6-2022 03:46 PM
[youtube]C8Wo3rCK6xk[/youtube]
Quote djzara81 23-6-2022 04:05 PM
Hohoho aku pon sekapal dgn mat saleh ni.
Quote glump 23-6-2022 04:15 PM
Pi hiway tengok..kancil nie pandai pulak memecut .pi sekolah pulak..penuh macam2 kancil nie boleh isi.
Quote venom1 23-6-2022 04:22 PM
lahanat Kancil hahaha
Quote cikatilia 23-6-2022 04:26 PM
kelisa jugak... axia jugak
hahahahaha
Quote norawestallen 23-6-2022 04:28 PM
bukan kancil je yang macam ni.
Quote mizzmimi 23-6-2022 04:30 PM
Iols rasa best lak if i own one.. so small cute tapi iols parking belakang sikit laaa biar nampak montot hihi..
Quote makneng 23-6-2022 04:39 PM
Bukan kau je benci ya angmoh! Mak benci gak.
Quote scorpionkiki 23-6-2022 04:49 PM
Kancil selalu kena carut jd Babi bila kereta lain nak parking tp rupa2nya kancil terselit kat situ
Quote FOTHER-MUCKER 23-6-2022 06:11 PM
Di Indonesia memang sukar untuk mencari pakir kosong pak!
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:16 PM
Bukan kancil je viva kereta mini minor lama pun sama selalu buat perangai macam tu.  Saja je mereka pakir hingga ke hujung bagi harapan palsu pada memandu lain.
Quote snowflakes 23-6-2022 06:37 PM
Kitorang pun tertipu jugak pakcik
Quote makita 23-6-2022 06:45 PM
Pnh guna kancil...nak cari kete sendiri pon pnh x jumpa sampai kan pak guard tlg carikan.
Quote any42 23-6-2022 06:55 PM
I pun sama slalu ttipuuuu. geram sgt bila tpksa pusing byk kli xde parking bila nmpak ruang ksong. rupanya harapan musnahhhhh bkecaiii

stakat ni blum pernah jumpa pmndu kncil yg park bontot kete selari dgn kete biasa. stress tauuu ttipuuu
Quote Nnoor2 23-6-2022 07:07 PM
Artemesiaa replied at 23-6-2022 06:16 PM
Bukan kancil je viva kereta mini minor lama pun sama selalu buat perangai macam tu.  Saja je mereka  ...

Suzuki tu pun sama
Quote TomyamPuteh 23-6-2022 07:27 PM
Oh my red Axia.
Quote Firenzza 23-6-2022 08:00 PM
Aku pun sllu terkena....bersungguh2 bg sinal nk masuk parking tup2 kancil, kelisa tgh tidur....klau kt open area tup2 motor plk melintang....hawauuuuu

Lihat semua komen(35)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.063700 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top