Seorang lelaki tergamak menyembelih seorang wanita yang menolak cintanya. Gulf Today melaporkan, mangsa, Naiyera Ashra merupakan pelajar di Universiti Mansoura, Mesir.
Insiden tragis itu dipercayai berlaku di hadapan pintu pagar pusat pengajian berkenaan. Sumber menyatakan, kejadian ngeri itu sempat dirakam oleh orang ramai sebelum ianya tular di media sosial. Memetik laporan Egypt Independent, sebelum kejadian, mangsa berusia 21 tahun dikatakan sedang berjalan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah namun diserangsuspek secara tiba-tiba sebelum menikamnya.
Orang ramai yang berada di kawasan itu cuba menghalang suspek tetapi sebaliknya yang berlaku apabila suspek nekad menyembelih leher mangsa dengan pisau. Difahamkan, suspek kemudian berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan. Orang ramai dikatakan sempat membelasah suspek bertubi-tubi sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa. Menurut saksi, suspek dikatakan ingin mengahwini mangsa tetapi lamarannya itu ditolak. Suspek juga pernah beberapa kali mengugut mahu membunuh mangsa. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya, dia dilaporkan meninggal dunia sebelum sempat tiba di hospital. -CARI
|
zarulnazmi replied at 23-6-2022 11:41 AM
Semakin ramai jantan takde maruah yang fikir semua mesti ikut kehendak dia.
tikusmontok replied at 23-6-2022 11:46 AM
Kannnn...jantan sskjp di surambi mukah tak jd bunuh diri slps disogok nasik berlauk
tikusmontok replied at 23-6-2022 11:46 AM
Kannnn...jantan sskjp di surambi mukah tak jd bunuh diri slps disogok nasik berlauk
Prickford replied at 23-6-2022 01:03 PM
Tengok video macam sekali kelar gitu je depan orang ramai. Gila!
tumpanglalu74 replied at 23-6-2022 01:04 PM
Prickford replied at 23-6-2022 01:03 PM
Tengok video macam sekali kelar gitu je depan orang ramai. Gila!
MissyMolly replied at 23-6-2022 01:57 PM
Nak tgk?? Tamau suapkan link? Koh2
Prickford replied at 23-6-2022 02:03 PM
Tak berapa horror sangat. Cuma gila dipikirkan tindakan tu.
ADVERTISEMENT