CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ramai Manusia Teringin Jadi Pontianak, Katil Keranda RM13 Ribu Laku Keras

23-6-2022 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 595| Komen: 7

Description: Tokyo: Sebuah syarikat di Jepun tampil unik dengan menawarkan katil berbentuk keranda khusus untuk peminat pontianak.
Tokyo: Sebuah syarikat di Jepun tampil unik dengan menawarkan katil berbentuk keranda khusus untuk peminat pontianak.

Memetik portal Oddity Central, syarikat berkenaan, Ziggy Vamp Co Ltd pakar dalam pembuatan barangan untuk mereka yang mahu menjadi seperti pontianak.

Kali ini, syarikat itu menawarkan katil keranda untuk pontianak dengan harga bermula 429,000 yen (RM13,870.12) bergantung kepada saiz dan jenisnya.


Foto: Oddity Central

Harganya mahal, namun peminatnya pasti tidak kisah berbelanja lebih kerana ia buatan tangan tukang kayu terkenal, Yushin Kensho dan Dainichi menggunakan kayu asli.


Menariknya, ia disesuaikan dengan keadaan dan berfungsi pelbagai guna seperti sofa, meja makan atau sebagai ruang simpanan tambahan.

Selain itu, pengguna juga boleh memesan katil keranda itu dalam pelbagai warna mengikut minat masing-masing.

Ia didatangkan dengan dua saiz iaitu 187 sentimeter (cm) panjang dan 197 cm.

Menurut @press, Ziggy Vamp memulakan kempen mengumpul dana untuk katil keranda vampire pada 2020 sebelum menyedari permintaan tinggi untuk perabot luar biasa ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 23-6-2022 12:21 PM
trend nak jadi pontianak pulak..

ni klu mati tgh tido..senang...tutup keranda terus pi kubur..
Quote Artemesiaa 23-6-2022 03:08 PM
Tak pelik tak Jepun
Quote Mary_jane 23-6-2022 03:11 PM
Tak payah lah tidur kalau dah nama dalam keranda. Melainkan bila dah tidur selamanya nanti.
Quote dani-rox 23-6-2022 03:20 PM
kat sana, cafe bertemakan vampire pun ada. tp host nya mcm ahli band visual kei jah

msia pun bole buat cafe berkonsepkan langsuir
Quote R2D2 23-6-2022 03:27 PM
letak je keranda tu kawasan kubur sebenar
baru betul real lepas masuk dlm keranda tempah ni
Quote Skuau 23-6-2022 03:32 PM
dani-rox replied at 23-6-2022 03:20 PM
kat sana, cafe bertemakan vampire pun ada. tp host nya mcm ahli band visual kei jah

msia pun  ...

dasar pandang ke timur..ke...haper???
Quote dani-rox 23-6-2022 03:40 PM
Skuau replied at 23-6-2022 03:32 PM
dasar pandang ke timur..ke...haper???

entah la. jepun lebih suka hantu barat drpd hantu sadako dan ju-on

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-8-2022 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.071514 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top