Tokyo: Sebuah syarikat di Jepun tampil unik dengan menawarkan katil berbentuk keranda khusus untuk peminat pontianak.
Memetik portal Oddity Central, syarikat berkenaan, Ziggy Vamp Co Ltd pakar dalam pembuatan barangan untuk mereka yang mahu menjadi seperti pontianak. Kali ini, syarikat itu menawarkan katil keranda untuk pontianak dengan harga bermula 429,000 yen (RM13,870.12) bergantung kepada saiz dan jenisnya. Harganya mahal, namun peminatnya pasti tidak kisah berbelanja lebih kerana ia buatan tangan tukang kayu terkenal, Yushin Kensho dan Dainichi menggunakan kayu asli.
Menariknya, ia disesuaikan dengan keadaan dan berfungsi pelbagai guna seperti sofa, meja makan atau sebagai ruang simpanan tambahan. Selain itu, pengguna juga boleh memesan katil keranda itu dalam pelbagai warna mengikut minat masing-masing. Ia didatangkan dengan dua saiz iaitu 187 sentimeter (cm) panjang dan 197 cm. Menurut @press, Ziggy Vamp memulakan kempen mengumpul dana untuk katil keranda vampire pada 2020 sebelum menyedari permintaan tinggi untuk perabot luar biasa ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dani-rox replied at 23-6-2022 03:20 PM
kat sana, cafe bertemakan vampire pun ada. tp host nya mcm ahli band visual kei jah
msia pun ...
Skuau replied at 23-6-2022 03:32 PM
dasar pandang ke timur..ke...haper???
ADVERTISEMENT