CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Tujuh Bulan Tertelan Jarum 5.5cm, Tertusuk Usus

23-6-2022 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 999| Komen: 1

Description: Riyadh: Pasukan Perubatan Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Makkah, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi berketurunan Amerika Syarikat yang tertelan jarum 5.5 sentimeter (cm).
Riyadh: Pasukan Perubatan Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Makkah, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi berketurunan Amerika Syarikat yang tertelan jarum 5.5 sentimeter (cm).


Memetik Arab News, bayi berusia tujuh bulan itu datang ke negara berkenaan untuk menunaikan umrah bersama keluarganya.

Dia dalam keadaan kritikal apabila tiba di jabatan kecemasan hospital terbabit berikutan jarum berkenaan tertusuk usus dan menyebabkan lubang kecederaan.

Foto: Saudi Press Agency

Pasukan perubatan berkenaan mengeluarkan jarum tanpa pembedahan, walaupun kesukaran yang ditimbulkan atas faktor usia bayi dan saiz jarum.


Prosedur berjaya dan bayi itu dibenarkan keluar hospital dalam keadaan sihat.

Ketua pasukan perubatan, Dr Abdullah Al-Shanbary berkata, selepas pembedahan bayi itu dirawat dalam keadaan berpuasa selama empat hari dengan menjalani pemeriksaan dan imbasan sinar X.

Katanya, keputusan sinar X menunjukkan luka dalaman bayi itu sembuh.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif hospital itu, Dr Hilal Al-Maliki memuji kecekapan pasukan perubatan itu dan menekankan hospital itu dilengkapi dengan peralatan terkini dan sentiasa bersedia untuk mengendalikan kes kritikal. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 23-6-2022 11:15 AM
dr indon ke arab ye

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.307681 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top