CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dapat Lebih 300 DM, Hero Tamil 'Banyak Bulu' Juga Berjaya Tambat Hati

22-6-2022 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7150| Komen: 73

Muka Hindustan dan banyak bulu. Itulah kriteria ditetapkan seorang wanita yang sedang mencari jodoh pada Mac 2021.

Siapa sangka selepas lebih setahun luahan mengenai jejaka pilihan dikongsi, wanita berkenaan akhirnya bertemu jodoh yang menepati kriteria - muka Hindustan dan berbulu.



Wanita bertuah yang hanya mahu dikenali sebagai Farhah berkata, dia selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan pada 11 Jun lalu.

"Alhamdulillah, saya dipertemukan jodoh. Suami muka macam Hindustan dan banyak bulu.

"Dia rakyat Malaysia, lelaki India dan beragama Islam," kata wanita berusia 28 tahun itu ketika dihubungi mStar.




Mengulas lanjut, Farhah mengakui sejak dulu amat tertarik dengan lelaki yang mempunyai wajah Hindustan dan banyak bulu.

Maka tidak hairanlah lelaki yang berwajah 'jambu' atau 'baby face' ditolaknya mentah-mentah.

"Saya tak kisah berkawan dengan mana-mana lelaki asalkan baik dan menghormati orang lain. Tapi dalam kehidupan, setiap orang pasti mempunyai ciri-ciri pilihannya.

"Sukar untuk saya jelaskan kenapa suka lelaki muka Hindustan dan berbulu. Tapi saya tahu Tuhan bagi saya rasa untuk menetapkan pilihan," ujarnya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor.


Majlis merisik

Namun kata anak bongsu daripada dua beradik itu, arwah ibu ketika mengandungkannya dulu sering menghabiskan masa dengan menonton drama dan filem Tamil serta Hindi.

Bercakap mengenai jejaka pilihan, Farhah mengakui menerima banyak mesej secara langsung (DM) yang mahu berkenalan selepas melihat ciapannya yang sedang mencari jodoh.

"Lebih 300 DM diterima dan kebanyakannya tidak menepati kriteria yang saya mahu seperti muka Hindustan dan berbulu. Saya siap bagi contoh bergambar, susah ke orang nak faham?

"Kalau ada, tak serius pula. Kalau lelaki tu berdolak-dalik dan kata nanti dulu, maksudnya tak ready kahwin. Saya juga kena pastikan keluarga lelaki itu menerima saya dan famili saya," katanya.

Bagaimanapun, seorang lelaki mamak dari Port Dickson, Negeri Sembilan berjaya menambat hatinya selepas menerima DM daripada jejaka itu, tiga bulan setelah ciapannya dibuat.


Majlis bertunang

"Kami pertama kali jumpa selepas empat bulan kenal bila dia datang ke rumah jumpa mak ayah saya. Beberapa minggu selepas itu barulah saya berjumpa dengan keluarganya pula.

"Alhamdulillah, arwah mak ayah tak kisah saya bercinta dan berkahwin dengan siapa pun asalkan orangnya baik. Lepas jumpa mak dia, siap mak tanya bila nak kahwin," ujarnya yang menyifatkan suaminya seorang yang memahami dan penyayang.

Menurut wanita yang bekerja dalam bidang pemasaran e-dagang itu, majlis merisik dibuat pada Disember 2021 dan dia bertunang dengan jejaka berketinggian 180 sentimeter itu, Februari lalu.




"Saya gembira sangat Tuhan dengar pilihan hati saya. Tapi saya sedih sebab Umi (panggilan ibu) dah tak ada, dia meninggal dunia kerana paru-paru berair pada Januari 2021.

"Tapi saya ingat nasihat Umi, carilah lelaki yang beragama Islam dan boleh menerima saya seadanya," kata Farhah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-6-2022 11:24 PM
Bulu jubo lebat tak?
Quote dani-rox 22-6-2022 11:24 PM
isu semasa sangat kisah muka bangla eh, hindustan somi minah nih
Quote LautBiru52 22-6-2022 11:26 PM
Hahahahaha. Ingatkan tajuk thread tt reka rupanya perempuan tu sendiri yg ckp
Quote sekngucing 23-6-2022 01:22 AM
hero tamil ke hero hindustan
dlm artikel tulis hero hindustan
bangang juga cari wartawan ni
Quote zuuu 23-6-2022 01:59 AM
Tahniah la ye,aq ingatkan dia maksudkan rupa hero hindustan tu rupa ala2 level hero bollywood rupanya....
Quote musangbodoh 23-6-2022 05:06 AM
bulu dada tu.............
Quote kakikuDibibirmu 23-6-2022 05:11 AM
sekngucing replied at 23-6-2022 01:22 AM
hero tamil ke hero hindustan
dlm artikel tulis hero hindustan
bangang juga cari wartawan ni

Ujung-ujung kapal terbang meletop terhempas dalam Lautan Hindi Hindustani



[youtube]T0-gnitn5Qs[/youtube]
Quote Imkhai 23-6-2022 05:24 AM
Ni ada bt tukar2 gambar xpon vc ke kak?,mn tahu cik laki brbulu?,ke sis bt interview ke cik laki?,nk th plk aku ape sis ni tnya dlm soal jwp tu ke laki nya haha
Quote sukacactus 23-6-2022 05:47 AM
Kata bollywood, ni kollywood la dik oii!
Quote me12345 23-6-2022 06:51 AM
1st time tajuk tidak di reka reka....
Quote Mulotkoyak 23-6-2022 08:54 AM
Ghairah kan kalo berbulus ni…
Quote namr 23-6-2022 08:56 AM
byk nya bulus
Quote Simunggu 23-6-2022 08:57 AM
nak pensil besar lah tu..kenapa tak negro?
Quote naina 23-6-2022 09:04 AM
Seronoklah kalau dapat laki idaman
Laki berbulu ni nampak macho mungkin
Quote Cpkay 23-6-2022 09:12 AM
tahniah.. stigma lelaki berbulu ni selalunya jenis baran.
Quote prince_marhaen 23-6-2022 09:55 AM
"Lebih 300 DM diterima dan kebanyakannya tidak menepati kriteria yang saya mahu seperti muka Hindustan dan berbulu. Saya siap bagi contoh bergambar, susah ke orang nak faham?...."

terpaling laku la tu konon dia nak cerita....cakap je lah kau kinky kan nak bulu2 bagai...kalau laki post nak cari isteri yang tek besar ke, nak rambut lurus ke (contoh fizikal) harusss kena kecam ye... kalau betina gatal bijik nak macam tu macam ni...terus jadi tajuk berita isu semasa.
Quote haifawehbe 23-6-2022 10:18 AM
ok la dari kpop dah rupa pmpuan..
Quote Mary_jane 23-6-2022 10:47 AM
Movie Tamil/Hindustan sekarang daring betoi oi. Pakai bra je kesana sini kau. Kurang2 kan lah tengok tu.
Quote cap_ayam 23-6-2022 10:53 AM
Soalan ikhlas berdasarkan kepada artikel di atas. Adakah terdapat perbezaan lelaki India dan lelaki mamak?

Mula2 kaka ingatkan perempuan ni kahwin dengan lelaki India convert.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.130559 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top