CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Comel Betul" - Baru Scan Muka Anak, Tapi Suami Dah Mengalir Air Mata

22-6-2022 06:29 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3466| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Description: Lumrah bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mereka mengharapkan rezeki untuk memiliki cahaya mata. Kehadiran seorang anak boleh menjadi penyejuk hati buat ibu dan bapa, terutamany ...
Sumber: Tiktok Naa_Eyna


Lumrah bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mereka mengharapkan rezeki untuk memiliki cahaya mata. 

Kehadiran seorang anak boleh menjadi penyejuk hati buat ibu dan bapa, terutamanya anak yang pertama. Mesti rasa teruja dan tak sabar untuk melihat wajah anak. 

Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Naa_Eyna yang memaparkan detik indah ketika dia dan suaminya melakukan pemeriksaan ultrasound di sebuah klinik swasta baru-baru ini. 


Memandangkan ini merupakan kehamilan pertamanya sejak bernikah pada bulan Februari yang lalu, wanita ini sama sekali tidak menyangka bahawa suaminya menangis apabila melihat 'ultrasound' anaknya. Hal ini menyebabkan wanita itu dan doktor di situ terus ketawa melihat gelagat suaminya.


Ketika doktor 'zoom' sehingga menampakkan bentuk wajah dan hidung anak di dalam kandungan wanita itu, suaminya sekali lagi mengalirkan air mata. Wanita itu juga berharap bahawa janin itu akan berkembang sihat sehingga saat dilahirkan. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat reaksi suami Eyna yang tidak sabar untuk melihat anak mereka. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan itu untuk berkongsikan pengalaman lucu suami masing-masing ketika menemani mereka membuat check up kehamilan sebelum ini. - CARI

Sumber: Tiktok Naa_Eyna


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-6-2022 10:25 PM
Macam ni pun boleh buat content?
Quote saviour_09 23-6-2022 11:50 AM
alololooooo shooo shuwiiitttt
Quote UMMI_MAI 23-6-2022 03:50 PM
huk alohhhhh
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:30 PM
Ramai je macam tu tapi tak da lah nak viral kan di media social.  Kalau tak caya cuba tanya bapak atau atuknya dulu ada teriak tu macam tu juga.  Mesti rata2 kata ada.
Quote Zack8hunter 24-6-2022 10:02 AM
nanti budak tu dah lahir... kalo bapaknya taknk cebukkan berak anak sendri kita hempuk dia secara berjemaah..
Quote supernaturalee 29-8-2022 11:10 PM
Apecer skrg


Quote white_musk 30-8-2022 12:49 PM
seronok dapat anak sebab rasa dapat investment
Quote penutupbotol 28-10-2023 05:50 PM
alahaiii sweet jer
Quote gideoncross 19-3-2024 01:10 AM
Makpak muda
Quote IzzahF 20-3-2024 04:30 PM
Zack8hunter replied at 24-6-2022 10:02 AM
nanti budak tu dah lahir... kalo bapaknya taknk cebukkan berak anak sendri kita hempuk dia secara be ...

sampai bapaknya menangis balik

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050216 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top