Seorang lelaki di Mojokerto maut akibat minum racun tikus di atas kubur isterinya. Lapor Kompas.com, mangsa dikenali sebagai Andri Budi Santoso, 46, ditemukan pihak polis dalam keadaan tidak bernyawa.
Ketua Polis Gedeg, Made Artajaya berkata, lelaki yang mempunyai tiga anak itu asalnya dilihat saksi, Utomo, yang datang menziarahi kubur isterinya. “Andri dihantar anaknya menggunakan motor Yamaha Mio. “Sekitar pukul 5.15 petang, saksi melihat mangsa duduk bersila dengan posisi membongkok di pusara isterinya.
“Saksi kemudian berasa curgia kerana lelaki itu tidak bergerak dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. Difahamkan, isterinya meninggal dunia akibat Covid-19, tahun lalu. Made berkata, Utomo kemudian meminta bantuan penduduk lain dan melaporkan insiden tersebut ke pejabat polis. Jelasnya, pihak polis menemukan dua bungkus racun tikus dan ubat serangga di samping jasad mangsa. “Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat racun tikus yang dicampur dengan cecair ubat serangga. “Keterangan ahli keluarga memaklumkan lelaki itu hendak bernikah 3 Julai depan, tetapi mengalami masalah kewangan,” katanya. Sumber: Utusan
|
dihantar anaknya menggunakan motor Yamaha Mio
musangbodoh replied at 23-6-2022 05:09 AM
kenot brain lh ayat nie...........
ADVERTISEMENT