CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Terkedu Motor Dilarikan Lepas Lelaki Minta Garam

22-6-2022 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1120| Komen: 8

Description: Terkedu seorang wanita di Jawa Barat, apabila motosikalnya dilarikan seorang lelaki yang berpura-pura meminta garam untuk memasak.
Terkedu seorang wanita di Jawa Barat, apabila motosikalnya dilarikan seorang lelaki yang berpura-pura meminta garam untuk memasak.

Itu modus operandi terbaru pencuri motosikal untuk memperdayakan mangsa yang kebanyakannya suri rumah.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan dikongsi di Instagram depok.terkini kelmarin.


Gambar hiasan

Menerusi rakaman itu, seorang lelaki berjaket kelihatan mundar-mandir di hadapan rumah seorang penduduk.

Anak mangsa yang kebetulan duduk di hadapan rumah kemudian memanggilnya dan memaklumkan ada tetamu ingin bertemu.


Wanita itu kemudian keluar menjenguk tetamu yang hadir tanpa sedar niat sebenar lelaki itu.

"Puan, boleh saya minta sedikit garam," kata lelaki terbabit sebaik mangsa tiba di depan pintu rumah.

Tanpa berfikir panjang, wanita itu ke dapur untuk mengambil garam yang diminta lelaki terbabit.

Lelaki itu terus bergegas menghampiri motosikal di depan rumah berkenaan dan menghidupkan enjin sebelum meloloskan diri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 22-6-2022 11:54 PM
berita caprut.jpg
Quote Decaffeinated 23-6-2022 11:05 AM
che-cikL replied at 22-6-2022 11:54 PM

Ha ha ha...
Quote supernaturalee 23-6-2022 11:07 AM
sampai part Jawa Barat je, iols terus scroll ke bawah

yes, CAPRUT

Quote che-cikL 23-6-2022 11:57 AM
Decaffeinated replied at 23-6-2022 11:05 AM
Ha ha ha...



Iols pinjam @matamata punya imej, uols...
Quote Artemesiaa 23-6-2022 03:11 PM
Lain kali kalau ada yang bertanya macam tu elok suruh dia beli sendiri dikedai ingat ni kedai runcit
Quote CariMalay 23-6-2022 04:39 PM
Mak aku pernah kena ragut depan rumah. Macam sial punya peragut
Quote mdhelmi 23-6-2022 04:45 PM
aku teka moto skuter
tekan starter terus jalan
Quote damsel_fiji 23-6-2022 04:57 PM
Caprut tersenyum sinis


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048726 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top