CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Beranak Tembak Kucing Di Melaka, Anak Buat Sendiri Senjata

22-6-2022 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1327| Komen: 16

Description: Polis mengesahkan senapang angin yang dirampas dalam kes menembak mati seekor kucing di Bukit Rambai, Melaka, kelmarin adalah senjata buatan sendiri.
Polis mengesahkan senapang angin yang dirampas dalam kes menembak mati seekor kucing di Bukit Rambai, Melaka, kelmarin adalah senjata buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, polis turut merampas beberapa alatan dipercayai alat ganti senapang itu berserta 17 peluru penabur semasa pemeriksaan dilakukan di rumah suspek semalam.


Gambar hiasan

"Senapang angin itu dipercayai dibuat oleh si anak sebelum digunakan bapanya untuk menembak kucing itu.

"Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui dari mana suspek belajar membuat senapang angin itu," katanya.


Harian Metro semalam melaporkan polis memberkas seorang bapa dan anak lelakinya selepas dipercayai terbabit perbuatan menembak mati kucing menggunakan senapang angin di Bukit Rambai, di sini, kerana marah haiwan itu memasuki rumah mereka.

Perbuatan itu terbongkar selepas pemilik kucing membawa haiwan itu yang mengalami muntah darah serta luka di belakang badan ke klinik haiwan untuk rawatan dan doktor mengesahkan ia ditembak hasil penemuan geguli besi di dalam badan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ryannald2 22-6-2022 11:51 PM
Allahuakbar...
Quote musangbodoh 23-6-2022 05:00 AM
pelik plak gambar hiasan tu
Quote elzy 23-6-2022 08:08 AM
Bangang dan kejam turun-temurun..
Quote AznieBunnie 23-6-2022 08:11 AM
me12345 replied at 23-6-2022 06:55 AM
Keham..tetapi kpd yg suka bela kucing kena prihatin jiran sekeliling juga..jgn biat berkeliaran ..pi ...

betul.
nak bela, tapi dibiar selongkar tong sampah jiran, berak kat rumput karpet jiran.

blok kami pun ada spesis ni. 4-5 kali sampai kena panggil bomba datang selamatkan kucing yang jatuh celahan bangunan.
kemudian, dia lepas je kucing main kat luar. 2-3 ekor dah mati kena serang dengan anjing liar.
orang mcm ni, zombi pun tak hingin... otak tiada.

apa-apa pun, tak menjustifikasikan anak-beranak ni nak tembak kucing. pakai water spray je la...
Quote Shazid 23-6-2022 08:37 AM
Cuba tembak pelaku dgn senapang buatan tu smpi mati pulak...biar die rasa derita sebelum mati..
Quote saviour_09 23-6-2022 08:50 AM
2 ekor ni elok duk sekali dlm jahannam dgn yg depress hentak kucing dgn batu tu

apa punya sial la hidup dera2 binatang ni
Quote annehuda 23-6-2022 08:56 AM
tajuk ni ok sikit daripada astro awani.  btw dua beranak ni kesalahan diorg bukan sebab tembak mati kucing jah, tapi sebab memiliki senapang.  kt malaysia ni kita ada akta senjata api, sbb tu bukan senang nk dpt lesen senjata api kt malaysia dan syarat2nya memang ketat. hatta kalau yang pegang senapang konon nk tembak monyet kt kebun pun diorg kene report kt polis kalau ada melepaskan tembakan, polis akan kira peluru.  lgpun aku sangsi ngan alasan anak beranak ni betul ke sebab geram sgt ngan kucing tu smpi byk masa plak nak assemble senapang sendiri? entah2 saja nak test dulu kt kucing sblm nk test kt orang
Quote namr 23-6-2022 08:57 AM
mula2 bunuh kucing, pastu dia bunuh org pulak..dasar psycho
Quote rikiruj 23-6-2022 09:12 AM
annehuda replied at 23-6-2022 08:56 AM
tajuk ni ok sikit daripada astro awani.  btw dua beranak ni kesalahan diorg bukan sebab tembak mati  ...

Apa definisi senjata api dalam undang2 berkenaan ya? Dulu geng2 airsoft kata boleh tapi depa guna konsep don't ask, don't tell tapi at last sangkut rasanya sebab bentuk sebijik macam actual firearms.  Geng2 airsoft ni pun kemaruk & wannabe sampai senapang airsoft tu complete dgn segala aksesori macam nak pergi perang betul2.  Macam paintball pun guna gas tapi tak sure kena ada lesen ke nak beli & guna?.  Kalu tengok gambar tu tak sure nak kata mirip senjata api.
Quote annehuda 23-6-2022 09:24 AM
rikiruj replied at 23-6-2022 09:12 AM
Apa definisi senjata api dalam undang2 berkenaan ya? Dulu geng2 airsoft kata boleh tapi depa guna  ...

bleh baca kat sini. tapi kalau geng airsoft ni dah kata dont ask dont tell tu diorg pun paham benda tu tak legal kt malaysia.  lgpun polis ni bertindak ikut laporan org awam, kalau takde yg melapor takdelah yg kantoi. dlm kes kucing ni maybe si jiran tu skadar report jah tetiba polis jumpa senapang angin tu.  

https://www.asiaone.com/malaysia ... re-illegal-malaysia

"In the case of sports clubs that allow the use of imitation firearms, (such as paintball markers), they must be endorsed by the National Sports Commission before they can apply for a licence," he said, adding that requests from individuals would not be entertained.



Quote Nnasda53 23-6-2022 09:37 AM
Kejam tembak kucing.
Memang patut di berikan hukuman yang setimpal nya.
Tambah lagi satu kesalahan memiliki senapang angin buatan sendiri.
Selamat beristirehat di tirai besi dua  beranak ni.
Pesanan pada yang bela kucing amik perhatian juga la.
Kesian jiran tetangga bukan semua mampu sabar bila buka pintu rumah ada najis2 kucing.
Nak bela kucing guna otak jangan guna kepala lutut.
Quote Decaffeinated 23-6-2022 11:18 AM
musangbodoh replied at 23-6-2022 05:00 AM
pelik plak gambar hiasan tu

Kan. Patut letak lah gambar contoh ka, gambar equivalent ka kalau pun takde gambar sebenar. Setakat gambar hiasan serupa bubuh gambar bunga pun boleh.
Quote ais_kosong 23-6-2022 11:28 AM
Pemilik haiwan peliharaan janganlah biar kucing buat onar dirumah jiran.
Kalau orang buat onar rumah kita, kita marahkan. Kucing sendiri buat onar pun kita marah.
Sebab tu dilepaskan ke luar.
Kepada OKT anda sangat kejam.
Quote CariMalay 23-6-2022 04:33 PM
La, ingatkan gambar betul, rupanya hiasan je
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:22 PM
Siap ler nak kena menjawab dengan pihak berkuasa
Quote sharlenetexas 23-6-2022 06:46 PM
Kalau tak silap baca post akak ni kat fb. Pakcik tu pun bela ayam. Ayam gi merata2 kat rumah jiran. Takkan ayam tak berak kan? Takpe pulak pakcik? Takde pun yg tembak ayam heols.


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054797 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top